Penternakan burung layang-layang mampu beri kekayaan, kata Sairin

 

KENINGAU: Wakil Rakyat Liawan Datuk Sairin Karno berkata, penternakan bu-rung layang-layang yang juga dikenali sebagai apodiade, berpotensi sebagai sumber kekayaan baru bagi penduduk Keningau.

Katanya, industri itu mam-pu mengekang atau mengatasi masalah kemiskinan di kalangan rakyat, jika ia mendapat sambutan dan dibangunkan secara serius.

“Kekayaan melalui perniagaan sarang burung layang-layang, sudah terbukti di bebe-rapa buah negeri di Semenan-jung,” katanya ketika ditemui, selepas melakukan upacara penutupan Bengkel Penterna-kan Burung Layang-Layang di sini.

Sairin merupakan pemim-pin pertama di negeri ini yang menyertai bengkel itu.

Bengkel yang dianjurkan bersama oleh Umno Bahagian Keningau dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah itu, adalah yang pertama seumpamanya diadakan di negeri Sabah.

Sairin berkata, beliau telah melakukan beberapa perbincangan dengan kumpulan pa-kar mengenai potensi itu, dan menurutnya Keningau telah disahkan mempunyai kesesuaian bagi pembangunan industri baru itu.

“Tumpuan kita buat masa ini ialah mengenal pasti kum-pulan sasar, yang benar-benar bersedia untuk menceburkan diri dalam industri itu,” kata-nya.

Sarang burung dijual dengan harga RM8,000 sekilogram di pasaran terbuka Malaysia, atau penternak memperolehi pendapatan kira-kira RM240,000 setahun bagi setiap tuaian.

Sarang burung layang-layang yang dihasilkan melalui kaedah ‘rumah buatan’, didapati lebih berkualiti dan mendapat pasaran tinggi, berbanding yang diperolehi daripada gua-gua di negeri ini.

Mengenai bengkel itu, Sairin memuji usaha Umno Bahagian Keningau yang sentiasa sensitif, terhadap perkembangan semasa khususnya mengenai peluang-peluang baru dalam bidang yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Katanya usaha seperti itu perlu dipertingkatkan dalam usaha menterjemahkan ketelusan parti Umno, untuk membantu rakyat di daerah ini tanpa mengira bangsa, warna kulit dan anutan agama.

Beliau turut berterima kasih kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah, di atas kesediaan agensi itu mengendalikan bengkel sehari itu.

Seramai 60 peserta menyertai bengkel yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah – Laurentius N. Ambu.

 
By : OLEH MOHD KHAIRY ABDULLAH
 
New Sabah Times