Pengambilan Anggota Sukarelawan Simpanan Polis 20 Okt

 

BEAUFORT: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) secara serentak membabitkan zon empat iaitu Beaufort dan Sipitang mengadakan pengambilan Anggota Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia pada 20 Oktober.

Bagi zon empat Beaufort dan Sipitang, pengambilan dan temuduga itu akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort bermula jam 8 pagi hingga jam 4.00 petang.

Ketua Polis Daerah DSP Mustaffa Maarof Bin Mustaffa memberitahu demikian semasa menghubungi New Sabah Times di sini pada Selasa.

Pemohon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun, memiliki kelayakan fizikal seperti berikut iaitu mempunyai ketinggian 162 cm (5 kaki 4 inci) dengan berat badan 48 kg bagi lelaki dan 152 cm (5 kaki) berat badan 43 kg bagi perempuan dan tidak cacat penglihatan dan tidak buta warna.

Pemohon hendaklah mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya PMR atau yang setaraf dengannya dan memiliki pekerjaan tetap atau sebaliknya.

“Pemohon perlu mendapat kebenaran dari ketua Jabatan bagi mereka yang bekerja dan tempat tinggal pemohon hendaklah dalam lingkungan 18 kilometer atau yang terdekat dengan Ibu Pejabat Polis terdekat,” kata Mustaffa Katanya, pemohon juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau rekod dalam Cawangan Khas dan bukan ahli kepada mana-mana badan yang beruniform.

Mereka juga bukan pekerja atau kakitangan ‘key Personnel’ seperti hospital, SESB, telekom dan pengawal keselamatan.

Beliau berkata pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort dan Sipitang atau di Ibu Pejabat Sukarelawan Polis Kontinjen Sabah. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada 19 Oktober jam 4.00 petang.

 
By : OLEH AHMAD APONG
 
New Sabah Times