Gagal letak harga ditetapkan akan diambil tindakan

 

KENINGAU: Tindakan ak- an diambil ke atas peniaga sekiranya didapati melaku- kan kesalahan menjual mele- bihi harga maksimum yang telah ditetapkan dan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.

Pegawai Kementerian Per- dagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Ke- ningau, A. Runji Abdul Ha- mid berkata, kesalahan menjual barangan harga terkawal me- lebihi harga maksimum yang telah ditentukan, bagi individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100, 000 atau dipenjarakan tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit dengan kesalahan atau kompaun sehingga RM50,000.

Katanya, bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM500,000 jika sabit dengan kesalahan atau kompaun sehingga RM250,000.

“Bagi individu yang me- lakukan kesalahan gagal me- letakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barang- an harga terkawal yang dijual boleh didenda oleh mahka- mah sehingga RM10,000 jika didapati bersalah atau kompaun sehingga RM5,000.

“Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan yang sama boleh didenda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan atau di kompaun sehingga RM10,000.” kata- nya kepada media selepas melakukan pemantauan harga barang di Pasar Malam di sini pada Selasa.

Katanya, kerajaan mewajibkan peniaga menjual ba- rangan harga terkawal tidak melebih harga maksimum yang ditentukan.

Walau bagaimanapun kata- nya, setakat ini belum ada peniaga di daerah ini, Tenom, Tambunan dan Nabawan yang melanggar peraturan ini namun bahagian Penguatkuasa KPDNKK dari semasa ke semasa melakukan pemantauan di semua daerah sepanjang musim perayaan Hari Raya ini.

Beliau juga tidak menafi- kan terdapat penjual yang tidak mengutamakan kepen- tingan tanda harga dan hanya pada saat kehadiran anggota penguatkuasa KPDNKK, baru mereka mempamerkan tanda harga barangan yang dijual.

“Saya berharap agar para peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang mewajibkan mereka mempamerkan tanda harga sepanjang musim perayaan Hari Raya ini. Anggota penguatkuasa KPDNKK sentiasa melakukan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.” katanya.

Dalam masa yang sama Runji memberitahu, KPDNKK di sini telah mengeluarkan senarai harga kawalan runcit, borong dan pengeluar di bawah Skim Kawalan Harga musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bermula 12 hingga 26 Ogos ini.

Katanya, para peniaga juga diwajibkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakannya dengan barangan lain.

“Saya berharap agar para peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang mewajibkan mereka mempamerkan tanda harga sepanjang musim perayaan Hari Raya ini. Anggota penguatkuasa KPDNKK sentiasa melakukan pemeriksaan dan pemantauan bagi me- mastikan peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.” kata Runji.

Beliau juga berharap pengguna-pengguna boleh membuat laporan di pejabat KPDNKK Keningau sekiranya terdapat kenaikan harga barang kawalan dan peniaga tidak mempamerkan tanda harga.

Runji juga meminta agar para peniaga sayur-sayuran dapat meletakkan tanda harga bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan para pengguna.

Seramai 15 anggota bahagian penguatkausa KPDNKK yang diketuai oleh Runji terlibat melakukan pemeriksaan ke atas harga ba- rang dan tanda harga di pasar malam itu.

 
By : OLEH MARUTIN ANSIUNG
 
New Sabah Times