50,000 dijangka kunjungi Pesta Buku Kota Kinabalu

 

KOTA KINABALU: Kira-kira 50,000 pengunjung dijangka akan mengunjungi Pesta Buku Kota Kinabalu 2012 pada 1 hingga 9 September ini, di Suria Sabah.

Pengarah Perpustakaan Negeri Wong Vui Yin berkata, pesta buku itu yang dibuka pada jam 7 pagi hingga 9 malam akan disertai pelbagai syarikat termasuk penjual, pengedar, penerbit buku, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kadazandusun Language Faundation (KLF), Dewan Pustaka Brunei dan Majalah Times.

“Sebanyak 90 gerai menjual dan mempamerkan pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Kadazandusun akan dibuka sepanjang pesta itu.

“Oleh itu kita mengalu-alukan orang ramai supaya tidak melepaskan peluang keemasan mengunjungi pesta buku itu dan mendapatkan buku dengan harga runtuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Perpustakaan Negeri, Jalan Gaya, di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Bahgian Hal Ehwal Korporat dan Media Dg.Salwah Pg.Abdul Razak dan Pengarah Eksekutif ESM Exhibitor Relations Arpandi Jasmin.

Wong berkata, setiap pengunjung yang membuat pembelian buku sekurang-kurangnya RM30 layak mengikuti cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah berupa telefon bimbit. Cabutan bertuah itu diadakan setiap hari sepanjang pesta itu.

“Selain itu kita juga mengadakan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan me- lukis, mewarna dan kuiz untuk kanak-kanak dan para pelajar sekolah,” katanya.

Beliau berkata antara objektif utama pesta itu ialah untuk membudayakan sikap suka membaca dikalangan rakyat bagi meningkat- kan ilmu pengetahuan.

Katanya, pesta buku itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Mas- yarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun pada 1 Sept.

 
By : OLEH MARRYAN RAZAN
 
New Sabah Times