M’rakat Islam dinasihatkan jangan boros

 

SANDAKAN: Rakyat di negeri ini terutama masyarakat Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi dinasihatkan supaya berbelanja dengan berhemah dan tidak boros semasa berbelanja.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata ini penting bagi mengelak sebarang pembaziran apatah lagi agama menuntut ummah sentiasa berhemah bila berbelanja iaitu membeli barangan keperluan sepatutnya.

“Kita kena bijak berbelanja dengan tidak terlalu boros sebaliknya membeli barangan yang perlu khu- susnya menjelang sesuatu peraya- an,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan di Masjid Kampung Padas, dekat sini, kelmarin.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata majlis yang diadakan sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak bukan sahaja menjadi medan untuk bertemu dan beramah mesra malah juga sebagai platform ke arah meningkatkan tali ukhwah.

Ini katanya, melalui majlis bukan sekadar dapat berbuka puasa ber- sama-sama, malahan masyarakat juga dapat menunaikan solat maghrib dan isyak berserta tarawih secara berjemaah.

“Saya percaya majlis penyampaian sumbangan dan program berbuka puasa berupaya memupuk semangat kekitaan dan mengukuh silaturahim sesama kita. Justeru itu, marilah kita memanfaatkan kemuliaan dan keberkatan bulan suci ini dengan mempertingkatkan lagi mperpaduan sesama kita,” tambahnya.

Di samping itu, Musa selaku Ketua Umno Bahagian Libaran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga menegaskan ia juga mengeratkan hubungan se- sama ummah sekali gus mewujudkan suasana muhibah dengan pengliba- tan daripada rakyat berbilang kaum dan agama.

Nikmat itu, ujarnya, perlu disyu- kuri kerana rakyat masih dapat menjalani ibadah puasa dengan aman dan selesa sekali gus bersama-sama dengan rakan dari pelbagai kaum dan agama untuk meraikan Aidilfitri kali ini.

Sementara itu, beliau turut men- yampaikan sumbangan dan seterusnya berbuka berbuka bersama mas- yarakat di Rancangan Sungai Luboh, Batu 12 yang dianjurkan Sabah Land Development Berhad (SLDB).

Ketua Menteri merakamkan penghargaan diatas usaha dan ini- siatif pihak SLDB diatas penganjuran majlis sungguh bermakna buat semua golongan peneroka di rancangan tersebut.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, nasib peneroka khususnya seramai 415 peneroka yang menyertai skim ‘Sewa-Pajak’ telah menampakkan kemajuan dalam peningkatan pendapatan hasil tuaian buah tandan segar (BTS),” jelasnya.

Katanya, kerajaan melalui pelbagai agensinya seperti SLDB akan terus berusaha untuk membantu rakyat khususnya di Rancangan Sungai Luboh dan Sungai Manila bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Selain daripada itu, katanya lagi, salah satu projek yang akan diusahakan oleh SLDB adalah projek pembangunan usahawan di mana tujuan projek ini adalah untuk mela- hirkan peserta-peserta yang mempunyai kemahiran tinggi, jati diri dan berdaya saing.

“Usaha ini supaya mereka bukan sahaja mampu mengurus ladang- ladang sawit dengan baik tetapi juga berkebolehan untuk menerokai dan menceburi bidang-bidang ekonomi dan perniagaan lain yang menguntungkan.

“Sebagai permulaan, projek ini dimulakan bagi peserta-peserta di pantai timur termasuklah di ladang Sungai Luboh dan Sungai Manila.

“Oleh itu, rebutlah segala peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam semangat persaingan yang sihat,” kata beliau.

Dalam majlis itu, Musa mengajak umat Islam agar meningkatkan amalan dan lebih gigih berusaha dalam bulan puasa.

Menurutnya, berpuasa juga merupakan ibadah yang mampu mendidik dan membentuk seseorang menjadi insan yang terbaik dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Inilah kesempatan dan peluang kepada seluruh ummah ke arah meningkatkan amalan dan ibadah di bulan penuh keberkatan itu, tambah beliau.

 
By : OLEH ROZZALIN HASHIM
 
New Sabah Times