TIGA MAUT

 

KINABATANGAN: Tiga penumpang maut manakala tiga lagi cedera parah apabila sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau yang membawa 38 penumpang terbabit dalam kemalangan di KM 121 Jalan Sandakan- Lahad Datu awal pagi Khamis.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 2.50 pagi apabila pemandu bas itu gagal mengawal kenderaan itu. Anggota polis bersama anggota bomba berkejar ke tempat kejadian untuk membantu mangsa selepas kemalangan itu.

Polis mengenal pasti yang terbunuh seba- gai Usman Sulaiman, 46, dari Tawau, Jabar Maidin, 54, dari Melaka dan Piyan Ardian Shah Osman, 23. Ketiga-tiga mereka mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dan yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan.

Penumpang-penumpang yang mengalami kecederaan pula dikejarkan ke Hospital Daerah Lahad Datu.

Adalah difahamkan kebanyakan penum- pang ketika itu sedang tidur ketika kejadian berlaku. Terdapat juga dua pembantu peman- du dalam bas yang penuh sesak itu.

Polis Kinabatangan sedang menyiasat punca kemalangan itu dan bas yang remuk itu telah ditarik ke balai polis Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

 
By : OLEH JAMES LEONG
 
New Sabah Times