Golongan OKU perlu diberi pendidikan, kemahiran: Rosdi |
KENINGAU: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) memainkan peranan dalam memberi pendidikan dan ke- mahiran kepada golongan insan yang istimewa. Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan, Rosdi Padiman, ber- kata golongan insan istimewa atau yang lebih dikenali dengan orang kelainan upaya (OKU) perlu diberi pendidi- kan dam kemahiran sesuai dengan kemampuan mereka masing-masing. Katanya, golongan ini mampu melakukan kerja-kerja yang memberi pulangan kepada mereka jika mereka diberi pendidikan dan kemahiran. “Pusat PDK yang mempunyai tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam mendidik golongan ini sudah tentu dapat memberi tunjuk ajar kepada pelatih di pusat ini,” katanya semasa berucap pada Program Penyerahan Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di sini pada Jumaat. Pada majlis itu seramai 34 pelatih Pusat PDK Keningau menerima elaun yang disalur melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Sabah di mana 25 daripadanya me- nerima RM900 seorang, elaun bagi bulan Januari hingga Jun tahun ini. Sementara itu sembilan orang daripadanya menerima RM300 seorang dalam tempoh yang sama kerana golongan ini terlantar dan hanya dikunjungi oleh warga pendidik PDK di rumah masing- masing. Rosdi yang mewakili Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata, golongan OKU tidak dipinggirkan kerana mereka juga diberi pendidikan dan kema- hiran yang disediakan oleh kerajaan. “Selain diberi pendidikan mereka juga menerima elaun RM150 sebulan bagi pelatih yang hadir di Pusat PDK dan RM50 sebulan bagi mereka yang terlantar di rumah,” jelas Rosdi. Hadir sama Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Ahmad Razali Silabin, Ketua Daerah Keningau OKK Amir Datuk Arif, Pegawai Jheains Keningau, Ustaz Muhd. Zaki Laumin, Pengerusi PDK Ke- ningau, Puan Asnah Atu dan pemimpin-pemimpin masyarakat. |
| By : OLEH MARUTIN ANSIUNG |
| New Sabah Times |