KRITIKAN JEFFREY TERHADAP PAIRIN TIDAK BERTEMPAT

 

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Henrynus Amin kelmarin hairan dengan kritikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan terhadap Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dianggaapnya tidak bertempat hanya kerana menyo- kong Barisan Nasional (BN).

“Sokongan oleh PBS terhadap BN membuktikan parti itu yakin dengan kepimpinan dan dasar oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Beliau berkata PBS tidak harian dengan kritikan terbaru oleh Dr Jeffrey terhadap abangnya sendiri yang juga Presiden PBS yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tambunan, kerana memuji kepimpinan BN peringkat Negeri dan Persekutuan.

“Apa salahnya melahirkan penghargaan sumbangan BN negeri dan kepimpinan persekutuan yang mela- kukan yang terbaik untuk faedah rak- yat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Henrynus berkata mana-mana pemimpin politik yang berfikiran betul akan memberikan kredit kepada perkara yang baik dan kritikan juga boleh dibuat apabila perlu berdasar- kan keadaan.

“Adalah tidak wajar dan kurang bijak bagi Dr Jeffrey untuk melemparkan kritikan apabila Pairin hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk rakyat Keningau dan Tambunan dengan memberikan pujian terhadap perkara yang baik yang dibawa oleh Kerajaan BN Negeri dan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata Dr Jeffrey harus ingat bahawa dalam beberapa keada- an, PBS juga menyuarakan isu-isu yang berkaitan rakyat Sabah demi untuk keadilan.

Henrynus mengingatkan Dr Jeffrey bahawa kata-kata Pairin mung- kin hanya sedikit tetapi ianya membawa makna berhubung dengan da- sar dan didengar oleh Perdana Men- teri dan juga Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata Dr Jeffrey seolah- olah lupa bahawa Pairin juga men- yuara dan memberikan kata dua kepada kepimpinan BN untuk men- yelesaikan isu pendatang tanpa izin dan juga kad pengenalan dalam tahun ini.

Beliau berkata Pairin bukan han- ya bercakap tentang penubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai pelarian tetapi juga bertindak sehingga membuatkan kepimpinan BN melantikanya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewarganegaraan.

“Pujian juga harus diberikan kepada Ketua Menteri kerana komitmen serta sokongan kepimpinan BN Negeri untuk pembentukan suruhanjaya siasatan diraja,” katanya.

Beliau berkata pujian juga wajar diberikan kepada semua parti-parti komponen BN kerana membolehkan tindakan bersama diambil buat kali pertamanya dan setiap orang termasuk para pemimpin parti pembangkang juga harus bersetuju dengan isu ini.

“Dalam hubungan ini mereka perlu nampak kenapa Pairin berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, yang telah memberikan sokongan sepenuh hati dan begitu juga Umno Sabah turut di belakang pembentukan RCI ini,” katanya.

Henrynus berkata berbanding dengan Dr Jeffrey, Pairinbukanlah baru dalam permainan politik dan perjuangan politiknya bersama kepimpinan BN Negeri dan persekutuan telah membuatkan cadangan RCI berhasil.

Beliau PBS mendapati pendekatan turun padang dan mendekati rakyat yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib serta dasar sederhana dan pragmatik dalam menyelesaikan isu kebangsaan dan negeri amat menarik minat rakyat seluruh lapisan masyarakat berbilang bangsa,agama dan kedudukan.

Beliau berkata Najib wajar diberikan pujian kerana kerja kerasnya dalam melaksanakan beberapa dasar seperti program transformasi ekonomi kerajaan, produk 1Malay- sia,pembaharuan pengundian, pembatalan Akta Dalam Negeri, komitmen pembentukan RCI dan juga bantuan kepada golongan miskin dan memerlukan dan banyak lagi.

Henrynus berkata dengan meng- kritik Pairin kerana memuji pucuk pimpinan BN negeri dan persekutuan yang sememangnya wajar diberikan pujian, Dr Jeffery hanya meng- ukuhkan tanggapan orang ramai terhadap kelemahan dirinya sendiri, ataupun, kejahilannya terhadap selok-belok politik negeri dan per- sekutuan.

 
By :
 
New Sabah Times