Kastam Sabah tubuh pasukan khas |
TAWAU: Kastam Sabah kel- marin menubuhkan Pasu- kan Khas Pemantau Barang- an Kawalan/Bersubsidi dengan tekad untuk memerangi habis-habisan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan barang-barang itu, khususnya di kawasan Pantai Ti- mur Sabah. Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Hamzah Sundang berkata, beberapa siri operasi bersepadu dan mengejut akan dilakukan di beberapa kawa- san yang sudah dikenalpasti dengan bantuan beberapa agensi penguatkuasaan lain bagi menguatkuasakan Akta Bekalan Makanan 1961. Agensi-agensi terlibat katanya ialah pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPKK), Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Ko-Nelayan. “Pasukan ini akan menangani isu-isu yang berkaitan dengan penyelewengan ba- rangan bersubsidi seperti die- sel yang diselewengkan oleh individu atau syarikat yang menjualnya kepada pihak yang tidak berhak mendapatkan barangan itu,” katanya. Beliau yang berkata de- mikian dalam satu sidang media di sini turut berkata, pe- nubuhan pasukan itu juga diyakini dapat memberi kesan yang positif kerana aset dan sumber tenaga operasi dapat digembleng hasil daripada kerjasama yang terbentuk di antara agensi-agensi terlibat. “Kita ingin membuktikan bahawa kita tidak ‘main- main’ (memandang ringan) dengan isu penyeludupan di Sabah dan kita juga akan berusaha mendidik pihak-pihak berkepentingan seperti para peniaga tentang kesan- kesan negatif dan bahaya aktiviti penyeludupan kepada negara, menerusi seminar dan pengedaran risalah-risalah berkaitan,” katanya. Beliau turut menyeru masyarakat agar tampil memberi kerjasama padu kepada pihaknya atau mana-mana agensi di dalam pasukan itu, sekiranya mengetahui seba- rang maklumat yang berkaitan dengan aktiviti penyeludupan atau penyelewengan barangan kawalan dan barangan bersubsidi. |
| By : OLEH MOHD ZAFRIN NORDIN |
| New Sabah Times |