APMM Tawau kini miliki Bot Pemintas Laju |
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Tawau kini dilengkapi dengan satu lagi aset canggih bagi mempertingkatkan keupayaan operasinya iaitu sebuah Bot Pemintas Laju yang dikenali sebagai Penggalang 20. Penggalang 20 yang boleh memuatkan tuju krew tiba ke daerah ini pada Ahad sebelum upacara penerimaannya disempurnakan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Wan Mohd Affendi Wan Ahmad, kelmarin. Affendi dalam kenyataannya berkata, dengan tersedianya Bot Pemintas Laju (Fast Interceptor Craft) tersebut, pihaknya yakin akan dapat melakukan operasi dan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih berkesan. Bot itu katanya akan dimanfaatkan untuk operasi-operasi di kawasan Daerah Maritim Tawau, termasuklah untuk operasi mencari dan menyelamat. Dengan adanya tambahan bot baru itu ujarnya, APMM Tawau kini memiliki lima buah bot dan tiga buah kapal. Kelmarin, wakil-wakil media di daerah ini turut diberi peluang untuk melihat sendiri keupayaan Penggalang 20 yang boleh mencapai kelajuan sehingga 60 knot, menerusi satu demonstrasi yang diadakan. |
| By : OLEH MOHD ZAFRIN NORDIN |
| New Sabah Times |