SKMM wujud 303 Kampung Tanpa Wayar di Sabah |
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan sebanyak 303 Kampung Tanpa Wayar di seluruh Sabah. Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklu- mat, Datuk Jainab Ahmad berkata, daerah-daerah yang mendapat perkhidmatan WiFi itu ialah Penampang, Papar, Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Pitas, Keningau, Nabawan, Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Kinabatangan, Beluran, Tongod, Kunak, Kota Kinabalu, Tawau, Tambunan, Tenom, Semporna dan Kudat. “Teknologi internet jalur lebar berkelajuan tinggi WiMAX pula hanya boleh dinikmati di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan,” kata- nya pada sesi soal jwab persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin. Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan Kamarlin Ombi yang bertanya sejauh mana kementerian dan agensi pusat yang bertanggungjawab merealisasikan projek jalur lebar berkelajuan tinggi dan kampung Wifi di Sabah dan berapa buah kampung telah memperolehi perkhidmatan Wifi di negeri ini. Jainab berkata, SKMM juga berca- dang untuk mewujudkan projek-projek jalur lebar di kawasan bandar atau pinggir bandar terpilih tahun ini. “Kawasan perumahan dan pinggir bandar yang kurang mendapat liputan juga akan dijadikan sebagai lokasi baru untuk pengwujudan Pusat Internet 1Ma- laysia. “Manakala perpustakaan daerah dan negeri yang terletak di kawasan bandar akan dijadikan sebagai Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti,” katanya. Beliau berkata, penyediaan infrastruktur High Speed Broadband (HSBB) iaitu perkhidmatan Internet Jalur Lebar berkelajuan tinggi, buat masa ini hanya tertumpu di kawasan industri berimpak tinggi seluruh negara. “HSBB sedang dalam pelaksanaan di kawasan Menggatal dengan jumlah 505 sambungan dan akan siap tahun ini,” katanya. Jainab berkata, bagi merealisasikan projek jalur lebar berkelajuan tinggi dan Kampung Wifi di negeri ini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui agensinya SKMM telah dan sedang melaksanakan pelbagai program. “Antaranya ialah Pusat Internet 1Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti, Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti yang akan ditempatkan di Perpustakaan Desa, Mini Pusat Jalur Lebar Komuniti, Kampung Tanpa Wayar dan kemudahan telefon mudah alih berteknologi 3G,” katanya. |
| By : |
| New Sabah Times |