Syabu: Suami isteri ditahan

 

LABUAN: Polis di sini menahan pasangan suami isteri warga tempatan dari kampung Kerupang kerana didapati terbabit dengan pengedaran dadah jenis syabu, pada Rabu.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Saiman Kasran berkata, pasangan yang berumur dalam lingkungan 40an itu ditahan di sebuah rumah sewa Kampung Negalang selepas mendapat risikan yang pasangan itu aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak dua minggu lalu.

“Polis telah membuat intipan sejak dua minggu lalu dan mendapati terdapat beberapa pelanggan suspek telah keluar masuk ke dalam rumah berkenaan untuk mendapatkan bahan terlarang itu dan hasil dari serbuan polis telah menemui dua paket plastik jernih yang berisi ketulan kristal di percayai syabu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.

Katanya, polis juga turut menemui keretan-keretan kecil penyedut minuman (straw) yang berisi dipercayai syabu untuk dijual kepada penagih dadah sambil menambah syabu tersebut ditemui dalam bilik tidur pasangan suami isteri itu.

Menurut Saiman, kedua-dua pasangan itu juga telah didapati positif syabu selepas dikenakan pemeriksaan ujian air kencing k eatas mereka.

Pasangan berkenaan telah ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Sekyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 
By : OLEH JAINUDIN DJIMIN
 
New Sabah Times