Teknologi GENKiMO perlu dikembangkan ke Sabah

 

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin mahu penggunaan Teknologi GENKiMO dapat dikembangkan di Sabah untuk memulihara alam sekitar di samping membantu golongan sasar meningkatkan produktiviti pertanian.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Mak- anan yakin, melalui teknologi itu masalah bau busuk daripada aktiviti ternakan dapat dikurangkan serta dapat me- ningkatkan kesuburan dan produktiviti pertanian.

“Datuk Seri Najib Tun Ra- zak, Perdana Menteri Malay- sia sendiri pernah menyatakan bahawa sektor pertanian me- rupakan sektor yang menjadi sumber penting untuk pendapatan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Oleh itu, transformasi dari peringkat pengeluaran sehingga ke pemasaran hasil pertanian perlu dilaksanakan. Saya percaya dengan adanya sokongan rakyat serta komitmen kerajaan, transformasi sektor pertanian boleh dijayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Teknologi Genkimo dan De- monstrasi Penggunaan Genkimo Peringkat MARDI Negeri Sabah di Pejabat MARDI Negeri, di sini, kelmarin.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey Ah Fang Suan dan Datuk Haji Musbah Haji Jamil, Setiausaha Politik Yah- ya, Mahlan Zinin dan Victor Ng, Pengarah Mardi Negeri, Jamaludin Jaya.

Yahya berkata, penggunaan GENKiMO atau secara khususnya GENKiMO-Fauna pada kos sebanyak RM7.23 per tan, berjaya menghasilkan silaj (sejenis makanan terna- kan dalam bentuk basah) makanan ternakan yang lebih berkualiti dari segi warna, bau dan kesegarannya.

“Ia juga dapat memendek- kan masa pemeraman daripada satu bulan kepada hanya 14 hari. Sebagai tambahan, produk silaj yang terhasil juga mengandungi mikro-organisma probiotik yang dapat meningkatkan kesihatan ternakan,” katanya.

Beliau berkata, produk GENKiMO berjaya memenangi Pingat Emas pada Pameran BioMalaysia 2008 dan Pingat Perak semasa SITF 2009 di Seoul, Korea Selatan.

“Produk GENKiMO dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan sampingan pertanian antaranya daripada industri padi seperti dedak padi, sekam padi yang dibuang atau dibakar, bahagian tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak sesuai untuk dijual.

“Kitar semula bahan-bahan buangan organik boleh mencemarkan persekitaran sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja, namun dengan menggunakan teknologi ini, satu bisnes baru dapat diihasilkan dan kita membuat keuntungan daripada kitar semula bahan- bahan buangan yang diberi nilai tambah,” katanya.

Yahya berkata, produk GENKiMO mula digunakan untuk beberapa tujuan oleh syarikat-syarikat tertentu di negara ini, antaranya sebagai minuman probiotik ternakan, makanan aditif ternakan dan penghasilan baja kompos berasaskan tinja ternakan dan bahan buangan kilang sawit.

“Saya juga difahamkan, beberapa syarikat di Semenanjung telahpun menggunakan produk GENKiMO seperti ESPEK Livestock Sdn. Bhd, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), projek ARB MARDITech Sdn. Bhd, serta beberapa projek ternakan ayam dan juga projek baja organic,” katanya.

Beliau berkata, produk seperti baja komposit, racun rawatan dan makanan haiwan ternakan yang menggunakan teknologi GENKiMO, dijamin tidak akan mencemar alam sekitar dan boleh mengatasi masalah bau busuk di ladang-ladang penternakan haiwan seperti ayam, kambing dan lembu.

“Tahniah kepada MARDI atas penghasilan teknologi baru yang mempunyai nilai impak yang tinggi. Negara memang memerlukan tekno- logi yang dapat meningkatkan martabat dan kebolehan pertanian agar setanding dengan negara-negara lain di samping kita juga berupaya mengelakkan pencemaran,” kata- nya.

Seminar itu bertujuan memperkenalkanTeknologi GENKiMO Mardi kepada pegawai-pegawai pengembangan daripada agensi kerajaan, usahawan petani dan penternak di negeri ini.

“Ini adalah satu usaha murni untuk memperkenal dan memberi panduan khusus mengenai teknologi GENKiMO kepada golongan sasar di Sabah,” katanya.

 
By : OLEH MARRYAN RAZAN
 
New Sabah Times