258,943 rakyat Sabah belum daftar sebagai pemilih: SPR |
KOTA KINABALU: Seramai 258,943 rakyat Sabah berumur 21 tahun ke atas dan layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, secara keseluruhannya seramai 1,205,581 rakyat negeri ini layak mengundi tetapi hanya 946,638 yang berdaftar. “SPR menganggap jumlah ini besar, walaupun tidak seramai negeri-negeri lain. Oleh itu saya menyeru kepada mereka yang belum mendaftar supaya mendaftar segera. “Jangan risau bila pilihan raya akan diadakan, apa yang penting ialah mendaftar agar dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perjumpaan dengan wakil parti politik negeri Sabah mengenai Pasukan Penguat- kuasa Kempen Pilihan Raya (PP- KPR), di Pacific Sutera Harbour, di sini, kelmarin. Perjumpaan itu dihadiri oleh pemimpin semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan parti-parti pembangkang termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Reformasi Negeri (STAR), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Turut hadir Pengarah Pilihanraya Negeri Sabah Datuk Hj.Md Idris Ismail dan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Jamdin Buyong. Wan Ahmad turut mengingatkan para pemilih yang sudah berdaftar supaya menyemak semula nama dan pusat mengundi. “Semakan daftar pemilih di negeri ini boleh dilakukan selama sebulan iaitu bermula sejak 1 Jun lepas melalui khidmat pesanan ring- kas (SMS) dengan menaip SPR Beliau berkata, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) SPR menubuhkan 31 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi mewakili setiap kawasan Parlimen di negeri ini termasuk Labuan. “Setiap kawasan Parlimen diwakili satu pasukan, manakala Kota Kinabalu dan Sandakan masing- masing mempunyai dua pasukan memandangkan kawasan itu luas dan jumlah pengundi yang ramai,” katanya. Wan Ahmad berkata pasukan itu akan memantau semua aktiviti berkempen pada pilihan raya akan datang berkuatkuasa semasa tempoh rasmi berkempen. “Pasukan ini boleh menurunkan atau menanggalkan poster atau alat-alat kempen yang mempamer- kan kenyataan fitnah, yang boleh memalukan calon, perkara yang menyentuh sensitiviti, hal peribadi, isu-isu perkauman, agama dan yang mencetuskan kemarahan masyarakat,” katanya. Beliau berkata, setiap pasukan di- ketuai seorang pegawai SPR, dianggotai oleh polis berpangkat Inspektor atau lebih tinggi, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil parti atau calon yang bertanding. Berkenaan dengan perjumpaan bersama wakil-wakil parti politik di negeri ini, Wan Ahmad berkata ia adalah taklimat mengenai penguatkuasaan semasa kempen pilihan raya bagi memberi kefahaman kepada semua pemimpin parti mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa kempen pilihan raya. “Kita hendak mengwujudkan situasi kempen yang harmoni, saling menghormati dan tidak mencetuskan permusuhan masyarakat untuk kebaikan rakyat. “Apa-apa tindakan PP-KPR ada- lah saksama, adil dan tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya. Beliau berkata antara yang dilarang ketika memasuki pusat mengundi ialah gambar calon dan logo mana-mana parti. “Mana-mana pengundi yang hendak masuk ke tempat mengundi dan memakai tudung, topi atau baju yang mengandungi simbol parti atau gambar calon tidak dibenarkan memasuki kawasan itu kerana ia dianggap berkempen,” katanya. |
| By : OLEH MARRYAN RAZAN |
| New Sabah Times |