Sabah sokong usaha KPKK

 

MENGGATAL: Kerajaan negeri menyokong usaha dan komitmen jabatan serta agensi di bawah Kementerian Penerangan Komuni- kasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk menyampaikan maklumat secara berkesan kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, berkata program komuniti termasuk Program ‘Siok Bah 1Malaysia’ anjuran jabatan dan agensi di bawah kementerian itu adalah medium terbaik memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha dan inisiatif jabatan berkenaan bersama pihak berkuasa tempatan atas kejayaan program itu.

“Program ‘Siok Bah 1Ma- laysia …Tatap’ adalah kaedah terbaik menarik minat mas- yarakat terhadap dasar, program dan usaha-usaha pembangunan negara melalui komunikasi bersemuka termasuk media tradisional, hiburan dan pendidikan.

“Setiap aktiviti yang dilaksanakan dijadikan platform untuk membantu kerajaan hari ini mencapai dan merealisasikan dasar-dasar yang digubal demi kepentingan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Bandaraya Kota Kinabalu, di Padang Menggatal, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklu- mat Datuk Dr. Yee Moh Chai.

Turut hadir Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir, Pengarah Penyiaran Sabah Abdul Jalani Mahmud, Timbalan Pengarah Penerangan, Yunus Saprin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Datuk Johnny Goh.

Musa berkata, penyertaan pelbagai komuniti dalam program seumpama ini penting bagi mengeratkan perpaduan dan memacu perubahan dalam memantapkan sokongan rakyat terhadap kerajaan

Katanya kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira suku kaum, agama, latar belakang dan fahaman politik dengan melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Melalui pelbagai dasar dan program pembangunan, kerajaan telah menyalurkan pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Klinik 1Malay- sia,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap agar rakyat terus memberikan sokongan padu dan kerjasama jitu kepada kerajaan bagi manfaat bersama.

“Saya juga berharap agar program pada hari ini akan mencapai objektifnya dan memberi manfaat khususnya kepada masyarakat setempat.

“Kita mahu kerjasama dan permuafakatan seperti ini diteruskan dan dipertingkat- kan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kecemerlangan negara serta rak- yat secara keseluruhannya,” katanya.

 
By : OLEH MARRYAN RAZAN
 
New Sabah Times