SM St. Michael antara sekolah dipilih perintis Program Minda Sihat

 

PENAMPANG: Sekolah Menengah St. Michael, Penampang menjadi antara enam buah sekolah di negara ini dipilih sebagai perintis untuk saringan kesihatan mental melalui program Minda Sihat-Menangani Stress Dalam Kalangan Murid di sekolah.

Lima lagi sekolah menengah yang terlibat dalam program itu di Semenanjung Malaysia, ialah SMK Dato Haji Ahmad Badawi , Seberang Perai (Pulau Pinang), SMK Simpang Bekoh Jasin (Melaka) SM Sains Teluk Intan (Perak) MRSM Gemenceh, Tamping (Negeri Sembilan) dan SMJK Katolik, Petaling Jaya (Selangor).

Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, keputusan untuk menjalankan projek printis di beberapa sekolah untuk program itu dibuat pada Januari lalu oleh Majlis itu dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

“Program ini dinamakan Program Minda Sihat bagi menangani stres di kalangan murid sekolah dengan menjalankan saringan mengenai sindrom bagi mengenal pasti tahap stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek perintis program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid di Sekolah St. Michael dekat sini, kelmarin.

Ia katanya, memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah mental, sebagai contohnya tekanan perasaan yang berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku.

“Memberi kemahiran kepada murid-murid tentang cara-cara menangani stres dan mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku,” katanya.

Dalam program itu, katanya, saringan kesihatan mental akan dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap stres, keresahan dan kemurungan di kalangan pelajar.

“Alat saringan yang digunakan adalah Borang Saringan DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale),” tambahnya.

Katanya, apabila siap hasil kajian yang dijalankan oleh Majlis itu, ianya akan diserahkan kepada Menteri Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Katanya, peningkatan tahap stres sama ada di sekolah atau di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang perlu diambil perhatian untuk ditangani.

Turut hadir padam majlis itu. Pegawai Ke- sihatan Kawasan, Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang, Dr. Mohd Saffree Jeffree dan Peng- etua SM St. Michael, Marie Yong Pik Hua.

 
By : OLEH KAMARUDDIN LIUSIN
 
New Sabah Times