Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak

 

BEAUFORT: Para pengguna jalan raya yang menghubungkan dari Daerah Beaufort dan ke Sipitang merayu kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)dan pihak kontraktor yang diamanahkan membina jalan lebuh raya di negeri ini supaya dapat memperbaiki dengan segera keadaan jalan raya Pan Borneo di antara dua destinasi tersebut

Kebanyakan para pengguna yang ditemui berkata banyak sudah aduan dan rungutan pengguna mengenai keadaan jalan yang tidak berturap sepanjang jarak lebih 4km dijalan Beaufort ke Sipitang namun tidak ada tindakan diambil sehingga kini.

Menurut mereka ,tindakan pihak kontraktor jalan Pan Borneo yang membuka laluan jalan baru yang tidak berturap dalam jarak 4 km,bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada nyawa para pengguna akan tetapi boleh mendatangkan kerosakan kenderaan-kendera-an kecil yang sering melalui jalan tersebut.

Sehubungan dengan itu,pihak JKR dan kontraktor yang mengendalikan pembinaan lebuh raya Pan Borneo itu seharusnya membubuh aspal di jalan sementara itu terlebih dulu sebelum dibuka untuk laluan para pengguna.

Para pengguna juga turut mempersoalkan kekurangan papan-papan tanda di jalan raya yang menjadi laluan di dua destinasi tersebut yang boleh mendatangkan bahaya kepada para pengguna terutamanya pada waktu malam dan ketika hujan lebat.

“Kami meminta pihak yang diamanahkan membina jalan Pan Borneo itu untuk mengambil tindakan segera demi keselamatan setiap pengguna jalan serta keselesaan pengguna di daerah Beaufort dan Sipitang.

 
By :
 
New Sabah Times