42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi

 

KENINGAU:: Sebanyak 42 pain darah berjaya dikumpul pada kempen derma darah anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi dan Persatuan Hainan dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau yang berlangsug di tapak pasar malam di sini pada Ahad lepas.

Pengerusi Persatuan Jiang Man Wu Yi Kapitan Frankie Fong berkata, kempen derma darah itu diadakan bagi membantu Unit Transfusi Darah hospital daerah yang memerlukan stok darah.

Katanya, setiap penderma pada kempen derma itu menerima sumbangan kasih RM20 daripada pihak penganjur.

“Darah yang berjaya dikumpul sekurang-kurangnya dapat membantu Unit Transfusi Darah Hospital yang memerlukan stok darah dari masa ke semasa” kata Frankie.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik hari menyaksikan kempen derma darah bagi memberi sokongan moral kepada pihak penganjur dan para penderma darah.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Hainan Keningau Tan See Boo, Chee Sik Lai selaku pengerusi penganjur yang juga Ahli Majlis Daerah Keningau dan para pemimpin persatuan. -OLEH :MARUTIN ANSIUNG

 
By :
 
New Sabah Times