COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan

 

LABUAN: Polis mengadakan sekatan jalan di kawasan perkampungan Kiamsam, penempatan yang diiktiraf Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), setelah pihak berkuasa kesihatan Labuan mengisytiharkan kawasan berkenaan sebagai zon merah COVID-19.

Sekatan jalan raya selama 10 hari bermula pada Selasa itu bertujuan mengawal aliran masuk dan keluar orang ramai serta kenderaan di kawasan penempatan itu, yang dianggarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dihuni kira-kira 3,200 penduduk, termasuk pelarian.

Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Ghani berkata sekatan jalan itu juga bertujuan membantu melancarkan petugas kesihatan Labuan menjalankan proses pengesanan dan pemantauan kes aktif COVID-19. – Bernama

 
By :
 
New Sabah Times