NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN

 

Mengucapkan selamat jalan kadang kala sesuatu yang amat sukar dalam kehidupan lebih- lebih lagi mengakhiri perjalanan. Tetapi sekarang sudah tiba masanya untuk melabuhkan tirai sesuatu keputusan yang bukannya mudah.

Terlalu banyak memori yang ditinggalkan bersama dan kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para pembaca, pengiklan dan rakan-rakan sekerja yang setia pada ketika susah dan senang dalam tempoh 22 tahun lalu.

Jadi sudah tiba masanya untuk kita berpisah sehingga kita bertemu lagi. Kita masih tidak tahu di mana, kita juga tidak tahu bila, tetapi kita mengharapkan sinar baharu menjelang tiba.

Sekali lagi, kami ingin merakamkan terima kasih kepada semua.

 
By :
 
New Sabah Times