Tiang reput: Penduduk mohon ambil tindakan |
Menurut pengadu, tiang tersebut masih bertahan sehingga kini kerana kabel elektrik yang bersambung dengan rumah-rumah di sekeliling tiang tersebut. “Tanpa tindakan segera daripada pihak bertanggungjawab, kami bimbang keadaan ini bakal membahayakan rumah-rumah yang berada di sekeliling tiang tersebut dan juga para penduduk yang lalu-lalang,” katanya. “Saya melaporkan keadaan ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang berkenaan…. Tetapi demi keselamatan penduduk kampung, saya rasa perkara ini perlu dipanjangkan segera kepada pihak bertanggungjawab,” jelasnya. Tambahnya lagi, “Kami berharap Actionline dapat menyiarkan aduan dan gambar ini agar pihak yang bertanggungjawab sedar akan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung seterusnya membuat tindakan susulan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin”. |
| By : Action Line |
| New Sabah Times |