Pelajar, guru dan ibu bapa hadiri konferens di Sweden

 

Oleh RAPHIEL PINUS

KOTA KINABALU: Seramai 24 termasuk pelajar dan guru pengiring sekolah menengah dan ibu bapa pelajar dari negeri ini menghadiri konferens Model United Nation di Falun, Sweden.

Konferens empat hari itu yang dianjurkan oleh Falu Frigymnasium, berlangsung bermula 11 Mac lalu dan berakhir hari inidisertai 150 peserta dari beberapa negara Eropah selain Sweden dan sekolah-sekolah daripada Asia.

Para pelajar terbabit mewakili beberapa sekolah menengah dari daerah Penampang, Keningau, Kota Kinabalu dan Papar terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak, SMK Apin-Apin, Sekolah Menengah (SM) Stella Maris, SM All Saints, SM Sanzac dan SM St. Mary.

Untuk rekod, Falu Frigymnasium merupakan sebuah sekolah bertauliah di Sweden, dan mempunyai kerjasama dengan SMK Limbanak dalam program pertukaran pelajar sejak 2014.

Konferens Model United Nation pula merupakan simulasi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana mendedahkan serta memberi pengalaman kepada para peserta berdebat mengenai isu-isu dunia sebagaimana para duta negara-negara anggota PBB.

Pada tahun ini, rombongan dari Sabah terdiri daripada Xlee Jude Edmund Baikan, Jeromie Lam Chung Pei, Jennelle Jess Jammy, Melfrance Jill Jouting, Ivan Nickholas Norrand, Carmen Darius, Andrea Mary Otigil turut diringi Puan Anita Asin, Puan Doris Kok, Puan Jovita Claudius dan Puan Norberta Jualin mewakili SMK Limbanak.

Peserta daripada SMK Limbanak turut disertai Puan Aloysia Zining Lidjip mewakili Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah menengah berkenaan, .

Bersama-sama dalam rombongan itu, Carolyn Priya Charles, Carisma Michaela Wong dan Puan Tham Shuk Ping (SM Stella Maris); Jerica Johnny dan Puan Lesly Ng Kok Huang (SM All Saints); Daleela Hanna Binti Khairil dan Puan Rosalind Anak Gima (SM Sanzac); Eve Masuil dqan Puan Daisy Charles, Puan Elizabeth Mak (SM St. Mary Papar); Puan Dorothea Onong (SMK Apin-apin Keningau).

Rombongan dari Sabah telah berangkat ke Sweden pada 7 Mac lalu dan akan kembali ke tanah air pada 17 Mac ini.

Selain menghadiri konferens, rombongan dari Sabah yang akan berada di Sweden selama kira-kira 10 hari turut mengadakan lawatan sambil belajar untuk mengenali kebudayaan rakyat negara itu.

Turut tersenarai sebagai lokasi bakal dikunjungi, Kedutaan Malaysia di Stockholm, Muzium Vasa, Pusat Kitar Semula Falu dan Lombong Tembaga Falu.

 
By :
 
New Sabah Times