JCI Labuan anjur gotong royong bersih pantai Sedunia 15 September ini

 

LABUAN: Junior Chamber International (JCI) Wilayah Perekutuan Labuan akan menganjurkan Gotong Royong membersihkan pantai Rancha-Rancha di sini, sempena Program Hari Pembersihan Pantai Sedunia yang akan diadakan pada 15 September ini.

Presiden JCI Labuan, Steven Shung berkata, dianggarkan seramai 100 peserta yang terdiri daripada ahli sukarelawan, penjawat awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat akan terlibat dalam program tersebut yang bermula jam 8 pagi dan dijangka berakhir kira-kira jam 11 pagi.

“ Bersempena dengan Hari Pembersihan Pantai Sedunia, JCI Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengadakan gotong royong membersihkan pantai Rancha-Rancha sebagai menyokong usaha masyarakat dunia yang prihatin dengan alam sekitar” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Steven berkata, lebih 150 buah negara dari seluruh dunia yang menghadapi masalah sampah global akan menyertai program tersebut sekaligus menjadikan program pembersihan pantai paling terbesar di dunia pernah dijalankan.

“Selain membersihkan pantai, program ini secara tidak langsung mendidik masyarakat untuk menghargai alam sekitar” katanya.

Bagi sebarang pertanyaan atau orang ramai yang berminat untuk menyertai boleh mendaftarkan nama dengan menghubungi pengerusi penganjur Kuai Chee Yuen 0168207686 dan beliau sendiri (Steven) di talian 0178117833. OLEH JAINUDIN DJIMIN

 
By :
 
New Sabah Times