Masih ramai tidak faham Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007

 

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Jahid Jahim berkata, masih ramai rakyat di negeri ini yang belum mengetahui dan memahami kewujudan Akta Anti Pemer-dagangan Orang 2007.

Beliau berkata, Akta Anti Pemerdagan-gan Orang adalah satu undang-undang yang komprehensif dan efektif untuk menangani aktiviti pemerdagangan. Me-reka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman tidak melebihi 20 tahun penjara dan denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

“Walaupun kerajaan telah menggubal undang-undang itu namun ia tidak mema-dai untuk menangani kegiatan jenayah itu khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

“Oleh sebab Pantai Timur-Selatan Sa-bah merupakan salah satu pintu masuk pendatang dari negara jiran, maka saya mencadangkan satu badan pemantauan di-wujudkan bagi membantu kerajaan negeri membanteras kegiatan pemerdagangan orang (human trafficking) terutama dari negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Peningkatan Pemahaman Pemerdagangan Orang, di Likas Square, di sini, kelmarin.

Turut hadir pengerusi Penganjur Dominic Lim, Pengurus Kanan ICMC Indonesia Abhijit Dasgupta, pegawai-pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan keagamaan serta masyarakat setempat.

Bengkel itu adalah anjuran bersama ICMC Jakarta, sebuah badan antarabangsa bukan kerajaan yang berpusat di Geneve, Switzerland dengan kerjasama persekutuan setempat iaitu Tenaganita dan Archdio-cesan Human Developmen Committee (AHDC).

Jahid berkata, isu Pemerdagangan Orang merupakan satu jenayah yang kian meningkat pada abad ke-21 dan menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden yang tidak mengenal bangsa, agama dan keuturunan.

“Mangsa-mangsa itu menderita akibat penderaan mental, fizikal dan seksual. Mereka tidak dibayar upah, terikat kerana hutang, dikurung, diugut dan dokumen perjalanan mereka juga ditahan. Wanita dan gadis dijual ke rumah pelacuran atau agen pemerdagangan seks seperti yang dilaporkan melalui akhbar dan melalui internet,” katanya.

Dengan itu, di peringkat antarabangsa, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2000, telah menerima Conven-tion against Transnational Organized Crime yang mana Malaysia juga salah satu negara yang menyokong dan menandatangani konvension tersebut.

“Dalam konvension itu terdapat dua protokal penting iaitu protokol yang melindungi mangsa pemerdagangan orang terutama wanita dan kanak-kanak dan protokol yang menentang terhadap penyeludupan migrant melalui darat, laut dan udara).

“Malaysia tidak terkecuali dari permasalahan pemerdangangan orang. Men-yedari hakikat itu, pada Julai 2007 Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen. Akta itu dikuatkuasakan pada akhir Februari 2008,” katanya.

Tambahnya lagi, keberkesanan Akta itu tertakluk kepada tahap kesedaran, maklum balas dan kerjasama semua pihak termasuk, majikan, pekerja, NGO dan agensi penguatkuasa seperti Polis, imigresen, Kastam dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

“Pada masa yang sama kerjasama antara negara juga perlu dipertingkatkan. Kita perlu tingkatkan penukaran maklumat dan lawatan dua hala untuk memahami modus operandi pelaku-pelaku pemerdagangan orang,” katanya.

Katanya lagi, bagi melindungi mereka yang menjadi mangsa pemerdagangan seks, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah menu-buhkan dua pusat perlindungan pada Mac tahun lalu.

Sejak Akta Anti Pemerdagangan Orang dikuatkuasakan, hanya dua kes di bawah ke Mahkamah. Satu daripada kes itu masih belum dibicarakan kerana tertuduh mengaku tidak bersalah manakala satu kes lagi sudah selesai setelah tertuduh mengaku bersalah dan dihukum penjara lapan tahun.

“Nampaknya belum ada bahan-bahan rujukan yang mencukupi yang boleh kita rujuk apabila membuat laporan, siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes pemer-dagangan.

“Bagaimanapun, tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan persekutuan menunjukkan jenayah ini memang ada dan harus dibentaras,” katanya.

 
By : oleh Marryan Razan
 
New Sabah Times