Peranan Rukun Tetangga UMS sama dengan RT lain

 

KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon berkata, peranan Rukun Tetangga Universiti Malay-sia Sabah adalah sama dengan Ru-kun Tetangga yang ditubuhkan di setiap kampung di Malaysia iaitu untuk menjaga keselamatan penduduk kampung.

Beliau berkata, selain menjaga keselamatan penduduk kampung, peranan Rukun Tetangga adalah untuk memberi pertolongan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa kampung berkenaan.

“Begitu juga peranannya dalam universiti ini. Di setiap kolej kediaman UMS dikenali sebagai kampung seperti Kampung AB, Kam-pung CD dan Kampung E.

“Maka peranan Rukun Tetangga Universiti Malaysia Sabah adalah untuk membantu jawatankausa setiap kolej kediaman menangani masa-lah yang timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Rukun Tetangga Universiti Malaysia Sa-bah, di perkarangan Perpustakaan UMS, di sini, kelmarin.

Kamaruzaman berkata, selain Hari Rukun Tetangga, program lain yang turut memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan mahasiswa universiti itu ialah program Hari Mesra Mahasiswa.

“Program ini dilaksanakan Exco Akademik dan Kerjaya bertujuan mendengar masalah mahasiswa dan masalah di bahagian Perkhidmatan Akademik dan Jabatan Bendahari,” katanya.

Pada majlis itu, Ekspo Produk Halal turut diadakan bagi memberi informasi berkenaan produk halal yang terdapat di Sabah khususnya dan Malaysia amnya kepada para mahasiswa UMS.

“Ekspo ini adalah satu aktiviti di bawah Festival Kesenian Islam yang berlangsung sejak 1 Feb lalu dan akan berakhir pada 6 Feb ini,” jelasnya.

Beliau berharap semua mahasiswa UMS memberi sokongan dan kerjasama terhadap apa sahaja program yang dilaksanakan oleh pihak universiti untuk manfaat warga UMS.

“Ia selaras dengan peranan Majlis Perwakilan pelajar UMS yang lebih mengutamakan perjuangan kebajikan mahasiswa,” katanya.

 
By : oleh Marryan Razan
 
New Sabah Times