DIPLOMAT BERIKAN UNDI KEYAKINAN TERHADAP SABAH |
KOTA KINABALU: Diplomat asing di Ma-laysia memilih Sabah untuk menewaskan tiga buah negeri lain sebagai destinasi pilihan pe-lancongan. Sabah menewaskan tiga finalis lain iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Pulau Langkawi di Kedah – untuk anugerah emas. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun menerima anugerah itu dari Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dalam majlis penyampaian Anugerah Pelancongan Diplomat 2008 di Kuala Lumpur pada malam Ahad. “Ia adalah undi keyakinan. Ini menunjukkan Sabah adalah kawasan yang selamat untuk dilawati, berbeza dengan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh sesetengah negara terhadap rakyat mereka agar tidak datang ke Sabah kononnya Sabah kawasan tidak selamat,” kata Masidi ketika dihubungi di Kuala Lumpur kelmarin. Masidi berkata, diplomat-diplomat asing ini memilih Sabah bukan sahaja kerana alam semula jadinya tetapi kerana rakyatnya yang peramah. “Saya ada berbual dengan sesetengah diplomat-diplomat ini dan menurut mereka, penduduk Sabah amat peramah sekali,” katanya. Masidi juga berkata mereka juga maklum mengenai Sabah yang mengamalkan toleransi agama dan kaum yang begitu tinggi sekali “inilah antara mereka tertinggi yang diperolehi oleh Sabah.” “Pemilihan oleh diplomat-diplomat asing ini sudah pasti akan membantu dalam usaha kita mempromosikan Sabah ke seluruh dunia,” kata-nya. Sementara itu, Masidi juga merakamkan terima kasih kepada pemain-pemain sektor pelancong Sabah yang bekerja keras untuk memboleh-kan negeri ini menerima anugerah emas yang berprestij itu. Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Pelan-congan Kuala Lumpur dengan kerjasama badan diplomat asing yang ada di ibu negara. |
| By : |
| New Sabah Times |