Progam Visit Keningau 2018 tetap diteruskan

 

OLEH MARUTIN ANSIUNG

KENINGAU: Program Visit Keningau 2018 (VKY2018) dan program-program yang telah dirangka akan diteruskan. Pengarah VKY2018 Rafie Robert berkata, ia akan diteruskan seperti biasa dan mengikut perancangan sedia ada.

Katanya, program ini adalah program besar daerah dibawah kelolaan Pejabat Daerah Keningau selaku jabatan kerajaan.

“Walau pun ada peralihan kepimpinan diperingkat pusat dan negeri yang turut membabitkan peralihan kepimpinan diperingkat daerah namun kita menyokong “Government of the Day” “katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Jelasnya, VKY2018 ini dibuat untuk mempromosi Daerah Keningau sebagai salah satu hub pelancongan negeri Sabah dan Negara Malaysia amnya.

Justeru itu, Rafie berharap kerajaan yang ada sekarang melalui kementerian dan jabatan serta agensi dibawahnya dapat meneruskan agenda kerajaan ini

Menurut Rafie terdapat banyak tempat menarik yang perlu diketengahkan dan dipromosi melalui program seumpama ini selain acara-acara lain yang telah dirancang.

Dalam masa yang sama Rafie mengalu-alukan penglibatan orang ramai untuk menyokong program-program yang telah dirancang agar ia mencapai kejayaan.

Katanya, apabila program ini berjaya kelak ia akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat khususnya golongan peniaga.

 
By :
 
New Sabah Times