Puteri Umno Sandakan calonkan Shaniza bagi jawatan ketua

 

SANDAKAN: Pergerakan Puteri Umno Bahagian Sandakan yang bersidang kelmarin mencalonkan Dato Shaniza Sam-suddin bagi jawatan Ketua Puteri Ma-laysia manakala naib ketua mereka mencalonkan Nolee Ashikin pada pe-milihan pergerakan itu Mac tahun depan.

Pencalonan itu diputuskan sebulat suara perwakilan cawangan Puteri berkenaan yang mahu pergerakan itu meneruskan ko-mitmen perjuangan ketuanya sekarang.

Menurut mantan Ketua Puteri Bahagian itu, Noraini Sulong Puteri Sandakan yakin dengan kewibawaan Shaniza dan Norlee dalam memacu Pergerakan Puteri Umno untuk kembali mengilap kekuatan Umno seluruh negara.

Noraini yang melepaskan jawatan ketua Puteri Umno kerana faktor usia bagaima-napun mengakui akan berlaku pertandingan sengit dalam pergerakan itu kerana ramai kalangan Puteri yang turut berhasrat merebut jawatan Ketua Puteri termasuk Puteri Umno Sabah.

“Puteri Umno Sandakan melihat pencalonan ini dengan lebih rasional bukan berdasarkan sentimen tertentu kerana perjuangan Puteri Umno harus bersifat semangat nasional kerana cabaran yang kian besar untuk turut ditangani oleh Perger-akan Puteri Umno Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu Noraini turut memaklumkan selepas ini beliau tidak akan aktif dalam politik sebaliknya akan meneruskan khidmat dalam badan sukarela (NGO) bagi meneruskan khidmat kepada masyarakat khususnya dan perniagaan.

Beliau yang pada mulanya menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Umno Bahagian Sandakan pada pemilihan kali ini tetapi dihalang oleh pihak tertentu dari mendapatkan pencalonan di peringkat cawangan.

Katanya, beliau merasa sedih kerana mana-mana cawangan Wanita yang men-calonkan beliau diugut akan digantung dari menghadiri persidangan Wanita Bahagian menjadi faktor kepada beliau untuk berehat sementara dari aktiviti politik.

“Di peringkat nasional kebebasan untuk ahli bertanding terbuka luas tetapi di bahagian Umno Sandakan terdapat halangan yang saya sifatkan membunuh demokrasi dalam Umno. Ini merbahaya kepada kekuatan Umno dan BN untuk jangka panjang,” katanya Malah katanya ada usaha di peringkat bahagian untuk mengaggalkan persidangan Puteri atas sebab tertentu tetapi jumlah kuorum yang mencukupi persidangan Puteri Sandakan berjaya diadakan.

Bahagian Puteri Umno Sandakan adalah antara Puteri bahagian yang bersidang awal kerana hari ini adalah tarikh bermulanya persidangan bahagian-bahagian Umno seluruh negara.

Seramai 50 Puteri yang mewakili 11 cawangan hadir termasuk jawatankuasa dari jumlah 20 cawangannya yang meyaksikan kemunculan wajah baru dalam kepimpinan Pergerakan Puteri Umno Sandakan.

Jawatankuasa Puteri Umno Sandakan bagi sesi 2008-2011 terdiri, ketua Siti Haiba Madjid, naib ketua Salbiah Harum, manakala jawatankuasa, Noraidah Sulong, Norhayati Bararuddin, Normawati Sarjan, Rosni Salmain, Rosna Salmain, Marina Arong, masni Bakang, Bidasari Amirshah, Hamisa Amat, Siti Hafsah Manna, Sabrina Bahtarin, Jumatiah Amat, Tina Loman, Jurinah Awang dan Tim Loman.

Sementara perwakilan terpilih ke perhimpunan Agung Pergerakan Puteri terdiri, Siti Haiba Madjid (ketua) Salbiah Harun (naib ketua) Normawati Sarjan dan Roslijah Abdullah.

 
By : Oleh Mustaffah Mohd Hassan
 
New Sabah Times