Tidak mustahil PAS sertai semula BN, kata Shafie

 

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Shafie Apdal berkata ada-lah tidak mustahil bagi PAS men-yertai semula Barisan Nasional.

“Maka kerana itu kita kena percepatkan muzakarah,” katanya.

Shafie berkata semua pihak perlu mengalu-alukan muzakarah itu kerana ia bukannya semata-mata berunsurkan kehendak ke-pimpinan parti politik yang terlibat tetapi sebagai langkah awal yang boleh menyelesaikan perpaduan dan kestabilan antara kaum lain.

“Saya selaku menteri perpaduan (Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) melihat muzakarah yang dilakukan itu sebagai langkah baik,” katanya.

Sementara itu KOTA BAHARU, Dalam kalangan pemimpin tertinggi PAS, hanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat menentang muzakarah parti itu dengan Umno mengenai masa depan orang Islam di negara ini.

Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan itu dengan lantang-nya berkata muzakarah antara PAS dan Umno perlu dihentikan segera kerana jika ia diteruskan, PAS bakal menghadapi perpecahan.

Alasannya beliau menolak muzakarah itu ialah PAS pernah terpe-rangkap dengan politik Umno dengan menyertai Barisan Nasional pa-da tahun-tahun 70an sebelum parti itu disingkir daripada gabungan itu.

Semasa sidang akhbarnya pada Isnin Nik Aziz seolah-olah berkecil hati dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS merestui muzakarah dengan Umno itu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang, Bazlan Baharuddin berkata Nik Aziz sepatutnya tidak membantah jika beliau benar-benar berpegang kepada konsep bermaaf-maafan seperti dianjurkan oleh Islam.

“Keadaan dulu lain jika hendak dibandingkan senario kini yang lebih ke arah global. Jadi PAS perlu ketepikan rasa tidak puas hatinya yang lampau dan memberi fokus kepada isu sekarang ini bagi mengelak umat Islam di negara ini ketinggalan,” katanya kepada Berna-ma di sini.

Pada Isnin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata muzakarah dengan Umno itu telah mendapat restu Majlis Syura Ula-ma sebelum pertemuan pertama antara Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan Anggota Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya rasa mungkin Nik Aziz takut kehilangan pengaruhnya kerana Kelantan satu-satunya negeri dikuasai PAS manakala di beberapa negeri lain dikuasai, PAS berkongsi kuasa dengan parti-parti lain,” kata Bazlan.

Katanya ini kerana Menteri Besar Kelantan itu lebih takut untuk menjalin kerjasama dengan Umno kerana bimbang pengaruh PAS akan terhakis.

Bantahan secara terbuka oleh Nik Aziz itu berlaku selepas beliau pada mulanya dilihat seperti men-yetujui muzakarah itu berdasarkan kenyataannya bahawa ianya boleh diada-kan asalkan penyokong akar umbi Umno sendiri yang mahukannya.

Malahan, beliau mencadangkan agar perkara itu dipersetujui di peringkat cawangan Umno sebelum dibawa kepada bahagian dan sete-rusnya ke Perhimpunan Agung Umno. Beliau juga mahu pihak ketiga terlibat dalam perbincangan itu.

Namun, di pihak Umno, ada yang berkata PAS tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat.

Hujung minggu lepas, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perbincangan antara kedua-dua pihak sebenarnya telah pun diada-kan, merujuk kepada pertemuan beliau dengan tiga pemimpin PAS tadi.

 
By : Bernama
 
New Sabah Times