INSAN, Pejabat Daerah Telupid anjur bengkel pengurusan mesyuarat

 

TELUPID: Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dengan kerjasama Pejabat Daerah Telupid telah mengadakan bengkel pengurusan mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat siri 3/2017.

Program berkenaan telah dilangsungkan di bilik persidangan, Institut Perhutanan Sabah Telupid dari 26 hingga 28 Sept.

Seramai 47 orang dari pelbagai agensi kerajaan telah menghadiri bengkel tersebut yang bertujuan memantapkan lagi ilmu dan teknik dalam penyediaan minit mesyuarat yang semakin hari semakin mencabar selari dengan perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat masa kini.

Bengkel tersebut telah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari beberapa teknik dan kaedah yang disampaikan oleh fasilitator Ilies Nafsiah Abdullah dan Syahrin Samsir.

Fasilitator telah memberikan beberapa petua bagi memudahkan penyediaan minit mesyuarat berdasarkan pengalaman mereka melalui latih amal secara berkumpulan.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Telupid, Joseph Bangguan. -OLEH JAMES LEONG

 
By :
 
New Sabah Times