Hari Malaysia: Pemeriksaan kesihatan percuma

 

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Sempena sambutan Hari Malaysia, Persatuan Hospis Tawau dengan kerjasama Hospital Besar Tawau akan mengadakan pemeriksaan kesihatan dan saringan kanser payudara secara percuma.

Pengerusi Persatuan Hospis Tawau, Datuk Victor Rajasekran dalam kenyataan kepada media di sini pemeriksaan dan saringan percuma itu akan diadakan di Rumah Hospis Tan Sri Lau Gek Poh Tawau, Jalan James Power, Tawau.

Menurutnya, program itu akan diadakan pada hari Sabtu ini iaitu 16 September dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu akan dilakukan 14 pakar dan doktor serta 22 jururawat dari Hospital Besar Tawau.

“Pemeriksaan dan ujian tekanan darah serta kandungan gula dalam darah akan dijalankan oleh jururawat Hospis,” katanya.

Sehubungan itu beliau menjemput seluruh masyarakat mengambil peluang dengan hadir ke proram berkenaan yang waktu pendaftaran bermula pada jam 8 pagi.

 
By : NAZRINI BADARUN
 
New Sabah Times