Dugong ditemui di Kampung Rumah Murah Sim Sim

 

SANDAKAN: Jabatan Hidupan Liar Daerah Sandakan menerima aduan daripada penduduk di Kampung Rumah Murah Sim-Sim tentang kehadiran Dugong, iaitu spesies yang tersenarai dalam Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Menurut Pegawai Hidupan Liar Daerah Sandakan Hussien Muin, pihak jabatan dengan kerjasama Unit Penyelamat Hidupan Liar (Wildlife Rescue Unit) telah membuat pemantauan di kawasan terbabit selepas menerima aduan itu.

Selain itu, katanya, pihak jabatan telah membuat perbincangan awal dengan pihak Fakulti Marin Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenai hal itu.

“Dan pihak UMS akan menghantar para penyelidik untuk mengumpul data tentang kehadiran spesies Dugong untuk keperluan lanjut,”

“Pihak jabatan juga telah membuat laporan polis tentang kehadiran Dugong di Kampung Sim-Sim untuk makluman”, tambahnya ketika dihubungi disini pada Jumaat.

Hussein menambah, diharap masyarakat sekitar Sandakan khasnya di kawasan Kampung Sim-Sim itu dapat memberikan kerjasama dalam membantu usaha konservasi tersebut. -OLEH: ALIZA ALAWI

 
By :
 
New Sabah Times