TEKANKAN KEPERLUAN SEBENAR SABAH

 

KUAMUT: Menteri di Jabatan Per-dana Menteri, Tan Sri Benard Dom-pok, berkata memperjelas masalah sebenar pembangunan dan soal ekonomi di negeri perlu ditekankan kepada Kerajaan Pusat tanpa perlu memperbesar-besarkan jumlah pe-runtukan yang diterima.

Beliau berkata, langkah menyuarakan keperluan pembangunan yang amat dituntut khususnya di kawasan luar bandar negeri ini adalah lebih perlu diketengahkan supaya Sabah terus menerima perhatian kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, sesuai dengan situasi politik negara ketika ini, menyuarakan segala permasalahan yang masih wujud kepada kerajaan pusat dan para pe-mimpinnya adalah lebih bermakna su-paya mereka dapat tahu apa yang sebenarnya diperlukan di negeri ini.

“Saya kira cara ini adalah lebih ber-kesan berbanding kita kerap menyua-rakan pujian dan kebanggaan ekoran peruntukan tinggi yang pernah diterima. Kita perlu menyatakan sejelas-jelasnya kelemahan kita sebagai sebuah negeri yang bernaung di bawah kerajaan per-sekutuan,” katanya.

Bercakap kepada media pada sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kuamut di Entilibon yang dirasmikannya, Presiden Parti Upko itu berkata, sebagai sebuah negeri yang telah me-mainkan peranan besar ekoran kejayaan dalam pilihan raya umum negeri lalu, Sabah perlu menunjukkan kewibawaannya dalam memenuhi tuntutan pembangunan di Sabah.

Tuntutan pembangunan seperti sistem penyediaan jalan raya, bekalan elektrik dan air khususnya di kawasan luar bandar yang kurang diketahui dan difahami kerajaan pusat, katanya, perlu diperjelaskan dan mendapat pembelaan pembangunan secukupnya.

“Segala-gala keperluan pembangunan dan kepentingan rakyat Sabah dalam persekutuan ini diperjelaskan begitu matang dalam pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah yang melawat Sabah baru-baru ini. Ini termasuk peluang rakyat berkhidmat dalam jawatan tertinggi awam di peringkat persekutuan, soal pemansuhan JPPS dan sebagainya …... tetapi kita perlu menyuarakannya dengan lebih kerap dan jelas,” katanya.

Menurut Dompok, pakatan parti-pa-rti politik dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah sudah cukup kukuh untuk ditonjolkan sebagai gabungan politik yang mewakili pelbagai kepentingan, sekaligus membuktikan keberhasilannya mengekalkan kekuatan BN pada pilihan raya umum lalu.

“Cuma saja segala tuntutan parti-parti dalam BN yang diasaskan di negeri ini kurang mendapat pendedahan media di peringkat pusat, sebagaimana liputan yang cukup meluas kepada parti-parti komponen BN yang diasaskan di Seme-nanjung, walaupun mewakili sebuah par-ti yang kecil,”katanya. Sama ada senario ini perlu berubah ke tahap yang lebih baik, katanya, kepentingan rakyat negeri ini perlu diperjuang-kan dan dapat diterima baik oleh kerajaan pusat.

Kata Dompok lagi, tidak timbul soal ahli-ahli parlimen BN di negeri ini mahu melompat ke parti-parti pakatan pembangkang selagi soal prinsip untuk memberikan khidmat yang lebih berkesan kepada rakyat sebagaimana terkandung dalam manifesto pilihan raya BN lalu, menjadi sebahagian tuntutan perjuangan pemimpin politik dari negeri ini.

“Saya memang setuju dengan amaran Tun Dr. Mahathir bahawa tindak tanduk Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan satu ancaman kepada masa depan politik negara pada bila-bila masa.

“Tetapi ahli-ahli parlimen BN juga mempunyai kebijaksanaan masing-masing dalam menilai kelebihan dan kekuatan kerajaan seperti BN yang sekian lama berjasa kepada rakyat negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dompok, se-laku pemimpin daripada Sabah yang tu-rut menerima pelawaan Perdana Menteri untuk bekerjasama dengan beliau dalam menyelesaikan keperluan pembangunan di Sabah, akan menyampaikan terus permohonan-permohonan pembangunan dari negeri ini untuk ditangani segera.

 
By :
 
New Sabah Times