Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Duvo PATI tinaan do PPM tu au nakaanu pinopokito dokumen kointutunan sondiiv |  Pinggisoman, pisokodungan do mogisuusuvai boogizan kiguno montok momuginavo konsep Rukun Negara |  RM2.03 LIZONG SAKADAI POLINTA KUMAA KOISAAN MPMS: JAINAB |  PPM tahan dua lelaki, sita bot |  Penumpang maut van dinaiki terjunam dalam pembentung |  Kerajaan Pusat beri peruntukan RM2.03 juta kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan MPMS |  Umat Islam perlu kuasai ekonomi, miliki harta: KM |  EMPAT SENAPANG BUATAN SENDIRI, DADAH DIRAMPAS |  BNM Regional Office holds briefing on developments, outlook |  Guanius, Kona retain respective titles |  Brandon, Leviance win Men’s, Women’s Singles categories |  TM aims to attract over 1 mln Thai tourists to M’sia |  Man dies after vehicle plunges into sewage |  Association urges authority to resolve diesel shortage issue |  PTA donates RM78,000 to SM La Salle | 
 BM

Generasi muda perlu sedar t-jawab dan peranan pada negara, kata Rahim

19th September, 2016

PAPAR: “Generasi hari ini perlu menyedari tanggungjawab dan peranan yang harus mereka galas kerana mereka merupakan aset penting negara di masa hadapan.

“Dalam era dunia tanpa sempadan pada hari ini, pelbagai cabaran dihadapi terutamanya golongan pelapis dan mereka perlu bijak dalam membuat pilihan,” Kata Ketua Umno Bahagian Papar, Datuk Seri Haji Abdul Rahim Ismail. Katanya, semangat 1 Malaysia yang telah lama sebati dan menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya di Negeri Sabah hendaklah terus dimantapkan.

Dalam hubungan ini, Rahim berkata semangat itu perlu terus dipupuk dan dihayati bagi membolehkan rakyat terus bersatu padu dan bersama-sama bergerak maju kehadapan dalam membentuk masyarakat Malaysia yang berwawasan dalam memantapkan lagi perpaduan.

Beliau berkata demikian merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidiladha anjuran bersama KRT Kg. Seberang Benoni dan Persatuan Belia Transformasi Kg. Seberang Benoni.

Abdul Rahim yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata mempelbagaikan program dan aktiviti termasuk “program turun padang” sempena majlis sambutan Hari Malaysia & Hari Raya Aidiladha yang mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya dari masyarakat Kg. Benoni sesuatu yang baik.

Katanya, kejayaan menganjurkan program seumpama itu merupakan satu aktiviti murni dan positif bukan sahaja meningkatkan kesedaran dikalangan mengenai “Hari Malaysia”, tetapi juga sebagai platform mengembangkan lagi kesedaran di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan yang mana kita masih mampu hidup dalam suasana aman, damai, makmur di negara ini.

Sambil memuji inisiatif penganjur serta ahli jawatankuasa, Rahim sekali lagi mengharapkan agar usaha murni ini dapat diteruskan dalam memupuk semangat cintakan negara dengan patuh segala undang-undang negara.

Pada masa yang sama Rahim menyifatkan program yang diadakan ini adalah sebagai aset yang amat penting dalam mendekati golongan muda , dan masyarakat seluruhnya supaya lebih memahami matlamat program ini dianjurkan , sambil merakamkan ucapan syabas dan tahniah diatas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Justeru itu, Rahim mengesa agar rakyat harus sentiasa bersyukur kerana Negara ini ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berwibawa serta mempunyai pemimpin yang bukan sahaja berjaya membawa kemakmuran Negara tetapi juga seikhlas hati berjuang untuk membela nasib rakyat keseluruhannya,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia yang juga wakil kepada Datuk Hjh Rosnah Hj. Abdul Rashid Shilin Hadi Hj. A. Kasim, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pantai Manis Hj. Ag. Arshad Hj. Ag. Kahar, Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi KRT Kg. Seberang Benoni Mohd Jaya Sham Hj. Kassim, PJKKK Kg. Benoni Hj. Jaafar Hj. Ag. Tuah, PJKKK Kg. Seberang Benoni Hj. Bakar Hj. Osman, Ketua Kampung Kg.Benoni Hj. Mumin Hj. Dullah, Pengerusi Masjid Jamek As-Salam Kg. Benoni Hj. Ag. Tajudin Hj. Amp. Abas, Ketua Daerah Hj.Taip Aliomar, WKAN Hj. Razak Pg. Rambang, WKAN Hj. Jali Hj. Nudin, Imam Qariah Masjid Kg. Benoni Ustaz Hj.Mumin Ag. Salleh para peserta dan masyarakat setempat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse