Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Prisons footballers out to defend title |  Positive pre-season tour |  Trip down memory lane with Holy Trinity’s Class of 1960 |  Farewell Angelina wows Sabahans |  392 PPS pinotindooi id sikul pototongkop Sabah |  Kada patazado video nakahaid toi ko habus pogun |  Program Jom Ke Sekolah beri kesedaran kepada semua pihak |  392 police liaison officers assigned to schools in Sabah |  MMEA detains four Chinese vessels for anchoring without permission |  Mary Kay joins 2020 Generational Dermatology Palm Springs Symposium |  A woman to head Agrobank? |  Penduduk Mukim Lagud Seberang bakal terima bekalan air bersih |  Minggu Akademik SMK Takis 2020 berjaya dan meriah |  MAQIS Labuan rampas 18,708kg konsainan hasilan tanah 'Media Abrasive' bernilai lebih RM300,000 |  Badan keagamaan disaran celik digital tangani gejala negatif | 
 BM

Prospek produk dan industri koko cecah RM5 bilion

140916-lead-7a
BERSAMA Nasrun (kedua kiri) bersama Dr.Ramle (kiri sekali), Saud Alfian (kedua kanan) dan Fenddy di perkarangan Mini Dewan Kg.Pahu.

14th September, 2016

RANAU: Industri koko negara mempunyai prospek yang sangat baik dalam jangka panjang dengan merujuk kepada pendapatan eksport koko dan produk-produk koko yang mencecah RM5 bilion pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur optimis, pendapatan daripada eksport dan perdagangan produk itu berupaya dilonjakkan lebih tinggi sekiranya diusahakan dengan lebih strategik dan berdaya saing.

Selain itu katanya,pendekatan-pendekatan baru yang lebih cekap dan berkesan melalui penglibatan pelbagai pihak termasuk Kerajaan dan pihak swasta juga merupakan elemen penting yang menyumbang kepada lonjakan pendapatan.

“Bagaimanapun, isu-isu yang menjejaskan produktiviti dan pengeluaran serta ketahanan daya saing industri perlu ditangani dengan segera. Saya menyeru agar semua pengusaha koko memberikan komitmen yang tinggi terhadap penjagaan ladang dan meningkatkan kemahiran dalam ‘Amalan Pertanian Tepat’ (GAP) serta guna pakai teknologi yang disyorkan.

“Peningkatan kemahiran dalam penjagaan ladang akan mendorong kepada hasil yang tinggi dan mengelakkan kerugian akibat kehilangan hasil yang akan menjamin pendapatan lumayan daripada tanaman koko,” katanya semasa berucap merasmikan Program Promosi Tanaman Koko dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Majlis Ibadah Qurban 1473H anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Kampung Pahu di sini kelmarin.

Menurut Nasrun, sektor tanaman koko di Ranau juga mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan sekaligus turut menyumbang kepada lonjakan pendapatan daripada eksport koko serta produknya.

“Difahamkan,keluasan tanaman koko di Ranau telah meningkat dari 679 hektar pada tahun 2010 kepada 1,659 hektar pada tahun 2015. Tanaman koko meliputi tiga zon iaitu Karanaan, Kundasang dan Panginatan.

“Merujuk rekod dan perancangan LKM katanya, antara program utama pembangunan industri koko dalam RMKe-11 di Ranau adalah Program Pembangunan Kluster Koko Tanah Tinggi dan Program Peningkatkan Produktiviti Koko.

“Program Pembangunan Kluster Koko di Ranau adalah sebanyak RM19.55 juta. Pada tahun 2015, antara aktiviti yang dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Kluster Koko adalah Program Peningkatan Produktiviti (800 hektar, 754 orang petani) dan Program Tanaman Baru Koko (174 hektar, 170 orang petani).

“Selain daripada itu program Khidmat Sokongan Pemasaran Biji Koko (KSPD) juga diadakan bagi membantu petani menjual hasil biji koko kering dengan harga yang berpatutan,” tambahnya.

Menyentuh berkenaan Program Promosi Tanaman Koko dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Majlis Ibadah Qurban anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM), Nasrun melahirkan penghargaan kepada pihak LKM kerana telah berjaya menganjurkan tiga gabungan program yang sangat bermakna dan berimpak tinggi kepada program yang mesra rakyat.

“Jesteru saya berharap program seperti ini akan dapat dilaksanakan secara berterusan bagi mengeratkan jalinanan hubungan dan kerjasama antara LKM dengan kumpulan sasar,” ujarnya.

Pada program itu, sebanyak lima kumpulan sasar di sini telah menerima agihan Daging Quban iaitu, Penduduk Kg. Pahu, Madrasah Minal Mahdi Ilal Lahdi, Kg.Silou, Maahaad Al Tahfiz Bayu Syahadah, Kg.Bitoon, Rumah Putera Harapan,Pekan Ranau dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf, Kg.Langsat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datin Norhaini Udin,Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan) Dr. Ramle Hj. Kasin,Encik Wahab Rasman, Setiausaha Perhubungan,Datuk Seri Masidi Manjun, Ahli Lembaga Pengelola LKM Merangkap Pengerusi PENAKOS, Encik Saud Alfian. -OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print