Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Spektra Selasih terbit karya sulung, 'Jibam' |  TRUMS anjur Program Kepimpinan Global |  Perayaan Krismas KK bermula kelmarin hingga Khamis |  43 keluarga Kampung Bomboi terima bantuan tangki air |  Pekerja ladang didenda RM20 ribu, cuba sogok penguat kuasa |  Hampir 3,000 penyata GST-03 belum diserah |  Empat pemancing diselamatkan APMM selepas 20 jam hanyut |  Keningau maintain charge |  KK exponents dominate karate |  Zachary wins third archery gold |  ONCAMPUS Hull offers pathway to higher education |  Young foreigner jailed for possessing other’s MyKad |  Cabbies and e-hailing service drivers unaware of scheme |  Pray for a better and safer KK, SCC president Bishop Melter asks Christians |  YES contributes RM150,000 towards KK Christmas carnival | 
 BM

Penyakit Tidak Berjangkit boleh dicegah, kata Hajiji

5th September, 2016

TUARAN: Penyakit Tidak Berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD) seperti Kardiovascular atau Penyakit Jantung, Kanser, Diabetes dan penyakit respiratori yang kronik boleh dicegah dengan amalan yang mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor antara amalan-amalan cara hidup sihat yang perlu sentiasa dipraktikan ialah dengan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi 5 hari seminggu. Amalan yang paling mudah ialah berjalan 10,000 langkah sehari;

Disamping itu katanya makan secara sihat. Makan lah sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Jadikan buah-buahan sebagai snek dan bukannya makanan yang manis atau mempunyai kandungan garam yang tinggi.

Langkah lain katanya ialah tangani stress atau tekanan mental dengan bijak. Belajar lah teknik menangani stress anda dengan berkesan.

“Jangan amalkan tabiat merokok. Sekiranya anda seorang perokok, berusahalah untuk segera berhenti merokok sebelum terlambat kerana banyak keburukan akibat dari merokok seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan berbagai penyakit lain lagi. Dapatkanlah perkhidmatan berhenti merokok di klinik atau hospital kerajaan yang berhampiran,” katanya.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sulaman berkata demikian semasa merasmikan program Gegar 10,000 Langkah Merdeka anjuran Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran di Padang SK Termenung di sini kelmarin. Lebih 1,000 orang telah mengambil bahagian dalam program tersebut.

Program tahunan tersebut dengan cogankata Demi Kesihatan Untuk Negara diadakan serentak di seluruh Malaysia dan setiap peserta diberi sijil yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Gegar 10,000 Langkah Merdeka merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan untuk mengalakkan masyarakat membudayakan amalan aktiviti fizikal secara berterusan.

Antara objektifnya ialah:Mempromosikan aktiviti berjalan 10,000 langkah dengan lebih meluas sempena sambutan Kemerdekaan, mempekasa masyarakat Malaysia untuk melakukan aktiviti fizikal khususnya berjalan 10,000 langkah dan mewujudkan kesekitaran yang sihat dan menyokong untuk melakukan akitiviti fizikal.

Matlamat lain ialah menyemai minat masyarakat terhadap aktiviti fizikal dan engukuhkan lagi imej Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai peneraju budaya hidup aktif di kalangan rakyat Malaysia.

Program itu dilengkapkan dengan aktiviti berkaitan seperti pameran kesihatan, pameran PDRM, pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pameran Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah, pameran Percetakan Nasional Berhad, Saringan Kesihatan, Pemeriksaan Gigi, dan kempen derma darah.

Gegar 10,000 Langkah Merdeka itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah, SK Termenung, Polis, AADK, KEMAS, Pergigian, Hospital Tuaran, JKKK Termenung, JKKK Indai, dan KOSPEN antara lain.

Hadir sama ialah Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran, Dr Koay Teng Khoon; Pegawai Kesihatan Kawasan II, Dr Rosfina Ghazali; dan Naib-Ketua Umno Bahagian Tuaran, Encik Kassim Razali.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Tuaran, Tuan Abdul Fuad Malek; Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sulaman, Encik Johari Saiman; dan Penolong Pegawai Daerah, Encik Sofian Nair.

Ketua Daerah Tuaran, OKK Mohd Daud Hj Sidek serta Ketua Wanita Umno Tuaran, Puan Jamaliah Antalip juga hadir.

   
Email Print
   
 
 
E-browse