Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Two men in pump boat caught in another blast fishing case |  Double whammy for gatherer |  Safa gets cracking |  Sazarice Group to hold two-day “Have a Rice Day” carnival Sept 21-22 |  Tadau Pahlawan 2019 nakaanjur miampai osindak kinaramaion |  Pingludaan kadaaton id watas Poonsokid kiguno lobi kasaru |  Nilai kemanusiaan dalam era IR4.0 perlu diperkasakan |  New four-storey RM3 million SJK (C) Kin Kiau Kinarut building launched |  Isuzu Malaysia unveils first EEV pick up truck |  Azhar: Get creative, innovative and leap into franchising |  Meruntum Beach clean-up: Local community takes own initiative |  Sebanyak 290 kes hilang kerja di Sandakan |  13 sertai Ekspedisi Headhunter Trails Challengge |  JPN serah 54 gantian dokumen pengenalan diri kepada mangsa kebakaran |  Latihan bencana perlu diadakan lebih kerap, kata Dr Dzulhelmy | 
 BM

Pusat proses koko guna pengeringan solar termal dalam perancangan: Siringan

27th August, 2016

KOTA KINABALU: Sebuah pusat pemprosesan koko menggunakan teknologi pengeringan solar termal, yang dapat memproses biji koko dengan lebih bersih dan mengurangkan jangka masa proses pengeringannya, kini dalam perancangan untuk dibangunkan di Kampung Napong Dua, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan, Ranau.

Projek ini, yang diperuntukkan geran pembangunan berjumlah RM270,000 di bawah Program Inovasi Sosial (MSI) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi tahun 2016, dilaksanakan oleh SIRIM Berhad dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Napong Dua.

Para pegawai penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Tenaga Diperbaharui SIRIM Berhad, yang diketuai oleh Konsultannya Nik Marzuriani Nik Mohamed, telah melawat kawasan yang dicadangkan sebagai tapak pembinaan pusat pemprosesan itu di kampung tersebut pada Rabu lalu.

Nik Marzuriani turut memaklumkan perkara ini kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan, Datuk Siringan Gubat, semasa mengetuai kunjungan hormat ke pejabat Menteri di Wisma Bandaraya, di sini, pada Khamis.

Menurut Nik Marzuriani, teknologi pengeringan solar termal yang akan digunakan di pusat pemprosesan koko yang bakal didirikan itu berupaya beroperasi dengan lebih bersih dan menyingkatkan masa proses pengeringan biji koko, berbanding teknologi pemprosesan koko yang digunakan di Ranau sehingga kini.

Penggunaan teknologi baru ini sudah pasti akan meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti pengeluaran biji koko di daerah Ranau, dan juga Sabah, kata Nik Marzuriani yang turut berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Siringan dan ahli-ahli JKKK Kampung Napong Dua.

Nik Marzuriani berkata projek di Kg Napong Dua itu merupakan satu daripada 11 projek yang dicadangkan oleh SIRIM Berhad iaitu salah sebuah agensi di bawah MOSTI, dan telah diluluskan oleh kementerian untuk dilaksanakan di bawah Program MSI 2016, dengan peruntukkan dana berjumlah RM2,640,000.

“Sebenarnya, dua daripada 11 projek-projek di bawah Program MSI 2016 itu dilaksanakan di Ranau. Selain projek di Kampung Napong Dua itu, SIRM Berhad juga melaksanakan projek Sistem Pengkomposan Sisa Sayuran dan Sisa Kebun di daerah tersebut, melibatkan peruntukan dana sebanyak RM200,000, dengan kerjasama Jabatan Pertanian Ranau,” katanya.

Siringan menghargai sumbangan SIRIM Berhad dan MOSTI kepada pembangunan berterusan industri koko di Ranau, khususnya dan Sabah secara amnya, yakin kewujudan pusat pemprosesan koko berteknologi terkini itu bukan sahaja akan meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran biji koko tapi menggalakkan lebih ramai menanam koko.

Beliau turut mencadangkan agar SIRIM Berhad membangunkan pusat pemprosesan lada hitam yang menggunakan teknologi tekini di Ranau, memandangkan semakin ramai penduduk di daerah itu dan sekitarnya menanam lada hitam pada skala yang besar.

“Industri lada hitam semakin mendapatkan tempat dikalangan penduduk Ranau dan sekitarnya, semakin hari semakin ramai penduduk melibatkan diri dalam penanaman lada hitam, jadi saya cadangkan agar pihak SIRIM Berhad dan MOSTI dapat membantu dari segi pewujudan pusat pemprosesan lada hitam berteknologi terkini sama seperti yang akan dibangunkan untuk industri koko di Kg Napong Dua,” katanya. – Oleh Marryan Razan (marryan@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print
   
 
 
E-browse