Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah aqua farmers fume at SST |  ATM tumpas cubaan menyusup masuk 67 PATI |  Chance for muay thai practioners to develop their skills |  Three-point deduction costs Tawau semis berth |  Man attacked friend with machete over durians |  Police catch 10-man bird’s nest gang within 24 hours |  Five escaped unscathed in lorry-4wd crash |  3,000 lanterns, lion, dragon dances for 2019 CNY bash |  Setup tour packages to revive Labuan tourism |  Liew sambut baik keputusan terus agih bantu persekolahan |  Domino’s aims to dominate |  Agrobank launches Agro Mabrur-I takaful card MAHA 2018 edition |  Proton to assemble X70 locally after completion of plant expansion |  Hobi 57,000 mogiigizon pointatap nakaanu koponompogunan |  Onom kusai nadawa minogovit migran tuhun Philippine | 
 BM

Kem baharu PGA dijangka dibina di Kunak tahun depan

24th August, 2016

KOTA KINABALU: Sebuah lagi kem Pasukan Gerakan Am (PGA) merangkumi penambahan satu batalion PGA dijangka dibina di Kunak tahun depan, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata dengan pembinaan kem berkenaan, Sabah akan mempunyai enam batalion, dan batalion baharu yang akan ditempatkan di Kunak itu, akan dikenali sebagai Batalion 21 PGA.

“Dengan penambahan batalion baharu itu, kita cadang menjadikan dua briged PGA di Sabah iaitu Briged PGA Timur dan Utara. Setiap briged mempunyai tiga batalion yang akan memantapkan lagi sistem penugasan PGA di negeri ini.

“Kelulusan membina kem PGA di Kunak telah diluluskan. Tetapi ada sedikit kekangan dari segi kewangan…namun kita jangkakan kem itu akan mula dibina tahun depan,” katanya selepas menyampaikan amanat kepada anggota PGA sempena lawatan kerja beliau di Ibu Pejabat PGA Sabah, Kinarut, dekat sini kelmarin.

Sabah kini mempunyai lima batalion – Batalion 14 PGA di Tawau, Batalion 15 PGA Sandakan, Batalion 16 PGA Kota Kinabalu, Batalion 17 PGA Lahad Datu dan Batalion 20 PGA Beluran.

Mengenai lawatan kerjanya ke Sabah, Muhammad Sabtu berkata ia bertujuan untuk meninjau segala perjalanan penugasan PGA di Sabah.

“Saya diberi taklimat mengenai perjalanan penugasan mereka (PGA Sabah) dan kita berpuas hati dengan kemampuan anggota yang ada. Namun ada beberapa kekangan termasuk masalah aset seperti bot rosak dan tidak boleh digunakan.

“Masalah itu (kerosakan bot), kita akan bawa ke peringkat Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk tindakan lanjut. Bot sangat penting dan ia nadi untuk kita menjalankan operasi khususnya di perairan Sabah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata lawatannya ke Sabah bertujuan untuk memberi taklimat mengenai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kita akan membuat persiapan awal untuk menghadapi pilihan raya umum, terutamanya persediaan dari segi kemudahan logistik,” katanya.

Muhammad Sabtu berkata beliau akan meneruskan lawatan kerja di Sabah, esok, dengan melawat pos kawalan di beberapa pulau di perairan pantai timur Sabah, termasuk di Tawau dan Semporna.

   
Email Print
   
 
 
E-browse