Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
99 per cent of M-League teams complete privatisation process – FAM |  Tambadau leave early for Johor on chartered flight |  ‘Masculine’ sarongs to hit the market soon |  AirAsia to commence Kuching-Langkawi route in November |  ASNB declares total payout of RM646m for three funds |  Banks have approved 98 pct of 500,000 applications for repayment assistance – BNM |  Malaysia's economic activity outcome to improve in Q3 – DOSM |  Pokisompuruan i Rubin id Kabinet mongobi’ Murut |  Hajiji kaanu momupus kokusutan pulitik Sabah |  Songulun nogompitan tinanggayan Abu Sayyaf napatai id Sulu |  Hajiji minonimpuun kalaja sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Penduduk pedalaman harap k'jaan baharu beri perhatian masalah, keperluan pembangunan |  Empat anggota PPM cedera, bot peronda meletup |  COVID-19: Semua urusandi JPN Sabah dilaksanakan secara temu janji |  ‘Lockdown’ in Sabah this Friday fake news – MKN | 
 BM

Cuma 25,024 OKU berdaftar di Sabah sehingga Julai 2016: Jainab

1st August, 2016

KOTA KINABALU: Seramai 25,024 orang golongan Orang Kurang Upaya (OKU) didaftarkan di Sabah sehingga Julai tahun ini dan daripada jumlah itu, 4,434 orang adalah di Kota Kinabalu, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Jainab percaya masih ramai golongan OKU belum didaftarkan dan meminta ibu bapa atau keluarga yang mempunyai anggota keluarga OKU agar mendaftrkan mereka demi kebaikan dan masa depan golongan OKU berkenaan.

“Saya ingin ingatkan di sini, sama ada anda orang kaya atau orang miskin, daftarlah (anggota keluarga OKU anda) kerana dengan mendaftar mereka, orang istimewa ini ada keistimewaannya. Contohnya dapat potongan 50 peratus untuk penerbangan atau pelayaran,” katanya.

Jainab berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kembara Kerjaya Sabah, Konvoi Kembara dan Karnival Pekerjaan 2016 di sini kelmarin.

Menurut Jainab, sekiranya seseorang OKU berkenaan berdaftar dan bekerja serta pendapatanya RM1,200 ke bawah untuk di Sabah, pekerja OKU itu akan diberi bantuan sebanyak RM300 lagi oleh kerajaan.

Bagaimanapun katanya sekiranya ibu bapa ‘menyorok’ anak OKU mereka di rumah tanpa memberi mereka pendedahan atau kemahiran, ia akan merugikan dan mensia-siakan masa depan anak OKU mereka sendiri.

“Sebab itu, saya cadangkan kepada ibu bapa supaya jangan sorokan anak-anak OKU di rumah. Kalau tidak mampu menjaga anak OKU mereka, hantar mereka ke pusat latihan OKU seperti di Sembulan,” katanya.

Katanya ibu bapa tidak sepatutnya perlu malu untuk menghantar anak OKU mereka ke pusat latihan kerana hasrat kerajaan ialah untuk membantu meringankan beban ibu bapa dan pada masa sama memberi masa depan lebih baik kepada anak OKU berkenaan.

   
Email Print