Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 BM

Produk tempatan Sabah kini semakin dapat tempat di hati pengguna

24th June, 2016

KOTA KINABALU: Produk tempatan Sabah kini semakin mendapat tempat di hati pengguna terutamanya generasi Y (Gen-Y), sekaligus memberi peluang kepada usahawan tempatan meningkatkan perniagaan mereka.

Pengasas KK Legasi, Irwan Iswandy berkata ia membuktikan produk tempatan dapat bertahan dan tetap menjadi pilihan ramai walaupun terpaksa bersaing dengan produk antarabangsa yang sudah lama bertapak dalam dunia perniagaan.

KK Legasi adalah salah satu pelopor bazar di Kota Kinabalu yang mempunyai pengalaman lebih lima tahun menganjurkan bazar yang mengutamakan penyertaan produk tempatan dan usahawan atas talian.

“Sebelum ini, KK Legasi menganjurkan bazar semasa musim perayaan sahaja, tetapi atas permintaan tinggi daripada para usahawan tempatan maka kami anjurkan sekurang-kurangnya satu bazar dalam sebulan.

“Konsep kami sangat santai dan lebih kepada berkawan dengan pelanggan. Tujuan bazar itu antaranya membantu para usahawan tempatan memasarkan produk tempatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin. Irwan tidak menafikan bahawa kebanyakan produk tempatan dari negeri ini dipasarkan melalui atas talian maka agak sukar untuk bersaing dengan produk antarabangsa yang sudah lama dikenali ramai.

“Maka dengan itu, bazar adalah platform terbaik bagi mereka untuk memperkenalkan produk tempatan kepada pelanggan yang sentiasa mahu mencari kelainan,” katanya.

Katanya lagi, kebanyakan pengguna di negeri ini mengetahui dan mengenali produk yang dihasilkan sendiri oleh usahawan tempatan melalui iklan dalam media tempatan dan media sosial.

Irwan berkata berdasarkan kaji selidik oleh syarikat pemasaran Brand Alliance dengan kerjasama Fakulti Perniagaan Open University Malaysia (OUM) melibatkan lebih 6,000 responden dari lima negara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, dan China secara atas talian dan bersemuka, rakyat Malaysia lebih suka memilih barangan berdasarkan keperluan berbanding Gen-Y negara lain seperti China yang memilih jenama import dan barangan mewah kerana pengaruh gaya hidup.

Berdasarkan kaji selidik itu, secara umum, nilai dan kualiti produk sama penting dengan barangan berjenama bagi Gen-Y Malaysia. Produk buatan Malaysia dan jenama yang dihasilkan sesuai dengan gaya hidup kebanyakan responden. Ia terbukti dalam beberapa kategori, antaranya pemilihan kereta, restoran hingga jenama kopi dan biskut.

Irwan berkata: “Melalui bazar yang dianjurkan selama ini, kita mendapati para pengguna di Sabah setia dengan produk tempatan terutamanya makanan dan minuman, pakaian, aksesori dan perkhidmatan kecantikan”.

“Jenama-jenama buatan Sabah seperti Majeedah Wraps (pakaian), Cabrine Solibun Art (perkhidmatan kecantikan), Ice Pan by Candyland (makanan) dan Bubble Dreams (aksesori) adalah antara nama-nama yang sudah gah di negeri ini, dan mereka mempunyai peminat dan pelanggan tersendiri.

“Kami mahu terus menyokong jenama tempatan seperti ini untuk diketengahkan agar mereka boleh pergi lebih jauh dan dapat bersaing dengan produk antarabangsa,” katanya.

KK Legasi akan menganjurkan bazar ‘Raya Raya Bazar’ selama tiga hari bermula 24 Jun ini, di Lower Ground Suria Sabah dari 10 pagi hingga 10 malam dan bazar kedua, “Raya Oh Yeah Bazaar” juga akan berlangsung di tempat dan masa yang sama selama tiga hari bermula 1 Julai ini. Lebih 80 vendor dijangka menyertai bazar itu. – Oleh Marryan Razan (marryan@newsabahtimes.com.my

   
Email Print