Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
ESSZONE: Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai ini |  David May cancels special guest appearance |  Teacher, technician sent to the gallows for drugs |  Tonny Chew re-elected as STA chairman |  State autonomy through parliamentary reform: DAP |  Self-check in, arrive early to avoid congestion – AirAsia |  Switch off and unplug: SESB |  RCI awaits approval on recommendations |  Hajiji: Assist youths to be hawkers, petty traders |  Curfew in ESSZone waters extended to July 9 |  SABAH CABINET MULLS NEXT MOVE |  300 attend Life Empowerment Berhad career guidance programme |  Four Points by Sheraton Sandakan’s Love Boat delivers donations in Kg Bakau |  ESSCOM pinapahabus 18 ngaan tuhun di iumon |  Pemilik tanah, struktur pohon beri kerjasama lancarkan naik taraf jalan dari Donggonggon | 
 BM

LHDN Keningau alami kesulitan baharui BR1M

240616-lead-5b
SAMPAIKAN... Riduan menyampaikan bantuan kepada pesakit di wad kanak-kanak hospital Keningau, turut kelihatan Bacho (dua dari kiri).

24th June, 2016

OLEH MARUTIN ANSIUNG (marutin@newsabahtimes.com.my)

KENINGAU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Keningau mengalami kesulitan memperbaharui mana-mana pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memaklumkan penukaran alamat baharu dan bagi pasangan suami isteri yang telah bercerai yang tidak ada pengesahan penceraian daripada pihak berkaitan.

Pengarahnya, Bacho Abdul Karim berkata, keadaan ini telah menyukarkan pihak LHDN untuk meluluskan permohonan mereka kerana kurangnya maklumat lengkap peribadi masing-masing untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Katanya, disebabkan itu ramai pemohon BR1M tidak mendapat bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas mengagih bantuan barangan keperluan harian, pakaian dan wang tunai kepada 29 pesakit di wad kanak-kanak hospital Keningau anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BAKIS) LHDN Keningau pada Rabu.

Katanya, mana-mana pemohon BR1M yang belum mendapat bantuan tersebut boleh membuat rayuan dengan membawa surat makluman berkait BR1M yang diberi oleh LHDN yang mana rayuan boleh dibuat sehingga 15 Julai ini atau datang ke pejabat LHDN berhampiran ataupun boleh menghubungi ditalian 087-313614,087-313617 untuk pertanyaan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Hospital Keningau Riduan Hassim berkata, Hospital Keningau pada masa ini menyediakan sebuah lagi kenderaan khusus bagi pesakit yang tidak mempunyai kenderaan selain kenderaan ambulans. Katanya, ini adalah bertujuan meringankan beban para pesakit khususnya bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan Program Tanggungjawab Koporat (CSR) dari Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BAKIS) LHDN Keningau di Hospital Keningau.

Katanya, usaha itu merupakan inisiatif pihak hospital dalam menjaga kebajikan para pesakit.

Jelas Riduan, mengenai kemudahan logistik seperti kenderaan ambulans dan peralatan rawatan yang lain akan ditambah dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan rawatan para pesakit yang semakin bertambah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse