Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Sanganu kadai taakanan nolugi RM17,000 naavan do pakakaja |  Ruji dinadi Potunud Tuhun Ginumuan ESSCOM |  SABAH KOTUMBOZO DO M’SIA KIUMUL 51 TOUN |  Tagal mampu lindungi hidupan sungai: Bobbey |  Kru kapal MV Lewek Kestrel ditemui lemas |  Pemuda Umno mahu 45 peratus pengundi muda Pengkalan Kubur didekati |  Tindakan pertikai hari kemerdekaan nasional mampu timbul kekecohan |  Anak jati Tawau dilantik Pengarah Awam ESSCOM |  Dua jenazah juruterbang MH17 antara 9 jenazah yang tiba di Malaysia hari ini |   |   |  PEKERJA RESORT CUBA CABUL PELANCONG ASING |  Khairy: Tighten control at clash-prone matches |  Khairy: Chong Wei’s passion has no comparison |  Regatta records biggest participation | 
 BM

Kementerian Masyarakat akan lanjut tempoh lulus permohonan baharu Skim Bantuan Kebajikan

21st November, 2013

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna akan melanjutkan tempoh kelulusan untuk permohonan baru Skim Bantuan Kebajikan (Skim Bantuan Am dan Skim Bantuan Anak Yatim) yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dari setahun kepada dua tahun bermula Januari 2014.

Menterinya, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, Kementerian juga akan mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk memanjangkan tempoh kelulusan kepada dua tahun kepada penerima bantuan kebajikan di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Cadangan perubahan tempoh ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penerima bantuan untuk melapor diri dalam tempoh tiga bulan sekali atau wakil yang telah ditetapkan untuk datang berurusan dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am,” kata Jainab ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementeriannya, di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, kelmarin.

Katanya, langkah ini juga adalah untuk menilai dan mengenal pasti status penerima bagi memastikan kelayakan serta sebagai rekod sama ada penerima masih hidup atau sebaliknya.

Dalam pada itu katanya, Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) sehingga November tahun ini telah menyalurkan peruntukan bantuan Negeri dan Persekutuan kepada 71,715 penerima dengan peruntukan keseluruhan berjumlah lebih RM223 juta.

Daripada jumlah ini katanya, Kerajaan Negeri telah menyumbang sebanyak lebih RM43 juta untuk memberi faedah kepada 2,348 penerima manakala Kerajaan Persekutuan pula telah memperuntukan lebih RM180 juta kepada 48,504 penerima.

Selain itu katanya, Kementeriannya akan menggerakkan dan mengambil tindakan yang aktif dalam isu-isu berkaitan pembangunan dan kesejahteraan warga emas dengan menerima pakai Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN).

Katanya, selain melaksanakan projek pembinaan Pusat Aktiviti Warga Emas di Daerah Beaufort pada tahun 2014, Kementerian juga berhasrat menyediakan kemudahan berkonsepkan Retirement Home untuk warga emas yang mempunyai kemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan yang relevan dan mereka juga dapat mengadakan perjumpaan sesama mereka secara santai di sana nanti.

Juga, walaupun bilangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar di Sabah sudah mencecah 27,981 orang, namun, Kementerian akan meneruskan usaha dalam meningkatkan bilangan OKU yang berdaftar.

“Maka saya menyeru kepada semua ibu bapa yang mempunyai ahli keluarga OKU supaya mengambil inisiatif untuk mendaftarkan ahli keluarga OKU ke Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan tidak berasa malu sehingga menyembunyikan mereka dari khalayak ramai,” katanya.

Katanya, di samping membina semula Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) dan Kuartes Bertingkat di Sembulan pada tahun 2014, projek pembinaan bangunan baru enam unit Kuarters tambahan di TDKKU, Lahad Datu dan dua unit kuaters tambahan di TDKKU di Beaufort telah pun dilaksana pada tahun ini.

Selain itu, Kementarian juga bercadang mewujudkan sebuah pusat sehenti untuk OKU dalam Pelan Pusingan ke-4 di atas sebidang tanah di Inanam.

Sementara itu, Jainab turut berpendapat bahawa cadangan oleh Adun Api-Api, Christina Liew, dalam perbahasan Bajet Negeri 2014 untuk menjadikan kawasan berhampiran Wisma Wanita dijadikan tempat perhentian bas yang menghala ke utara seperti Tuaran atau Likas sebagai satu cadangan yang baik.

Katanya, cadangan ini akan dapat memberi kesan kepada aktiviti yang terdapat di Wisma Wanita dan kawasan sekitarnya.

“Walau bagaimanapun, ia memerlukan kajian lanjut mengenai kesesuaiannya bersama dengan pihak yang terlibat secara langsung dengan perkara ini,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline