Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kotoundaan panaasan monguhit UPSR avasi kapapanaai |  Agensi kogompit pokionuon monuhung PPM monguhan kopogohimuvan petrol |  KOUHANAN SIKUL HABUS KAKADAZAN MOSITI ONUAN KOPONGINTANGAN |  Pelbagai usaha dan bantuan diberi basmi kemiskinan |  Orang awam diseru bantu banteras masalah seludup barangan bersubsidi |  Lelaki dipenjara 10 bulan akibat masalah cinta |  Pendidik perlu perjelas dasar KPM |  Pihak berkuasa diminta pantau lori balak bawa muatan lebih di Mukim Sepulut |  Kaji semula aspek pembiayaan rumah mampu milik dalam Bajet 2015 |  PERATURAN BAHARU CERMIN GELAP DIKUATKUASA 1 NOV |  Thailand Academies book Under-14 final berth |  Out-of-Africa prompts disquiet |  Depleted Sabah Eagles upbeat |  Seth to take on John Cena |  Juliana delivers for Malaysia | 
 BM

UPSR: PENCAPAIAN SABAH TERBAIK

151113-lead-1a
SENARAI ... Jame menunjukkan senarai 10 sekolah terbaik UPSR masing-masing bagi SK dan SJKC.

15th November, 2013

KOTA KINABALU: Pencapaian keseluruhan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah, tahun ini adalah yang terbaik pernah dicapai dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kata Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Datuk Jame Alip.

Beliau berkata GPS tahun ini meningkat sebanyak 0.07 iaitu sebanyak 2.76 pada tahun ini berbanding 2.83 pada tahun lalu, 2.83 (2011), 2.80 (2010), 2.87 (2009) dan 2.87 pada 2008.

Katanya, pada tahun ini seramai 45,491 murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menduduki peperiksaan UPSR tahun ini berbanding 45,301 calon pada tahun 2012.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,197 calon berjaya memperolehi penguasaan peringkat A bagi semua mata pelajaran yang diambil berbanding 1,035 calon pada tahun lepas. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 162 orang atau 0.35 peratus.

“Pada tahun ini, seramai 1,067 pelajar cemerlang SK mendapat keputusan 5A dan 130 pelajar SJKC mendapat keputusan 7A,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pengumuman keputusan UPSR 2013 di Bangunan Rumah Persekutuan, di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Hajah Maimunah Haji Suhaibul, ketua-ketua sektor, ketua nazir dan jaminan kualiti negeri Sabah, ketua penolong pengarah BTPN, pegawai pendidikan daerah dan guru-guru besar.

Dari segi prestasi pencapaian keseluruhan, Jame berkata seramai 22,136 calon atau 48.66 peratus berjaya mencatat sekurang-kurangnya pencapaian peringkat C dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu meningkat sebanyak 1.49 peratus berbanding dengan 21,370 calon atau 47.17 peratus pada tahun 2012.

Katanya peratus calon yang mencapai tahap penguasaan peringkat lemah (D) dan sangat lemah (E) dalam semua mata pelajaran yang diambil menurun daripada 8.66 peratus pada tahun lalu kepada 7.81 peratus pada tahun ini.

Beliau berkata bagi calon SK, empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains menunjukkan peningkatan dari segi peratus lulus berbanding tahun lalu.

Bagiamanapun katanya, Bahasa Melayu (Penulisan) menurun sebanyak 0.7 peratus.

Jame berkata, bagi pencapaian calon berkeperluan khas tahun ini, daripada 14 orang yang berjaya memperolehi A bagi semua mata pelajaran yang diambil, dua daripada mereka adalah dari Sabah.

“Mereka ialah pelajar dari SK Kunak, Nur Atiqah Usman yang menghadapi masalah rabun. Dia memperolehi keputusan 5A. Manakala pelajar dari SJK © Shan Tao Kota Kinabalu Lumbanon Lim Yu Peng yang menghadapi masalah pendengaran mendapat keputusan 7A,” katanya.

Sekolah Kebangsaan yang tersenarai dalam senarai 10 sekolah terbaik UPSR 2013 di negeri ini ialah SK St.Francis Konvent Kota Kinabalu, SK Pasir Putih Tawau, SK Bombalai Tawau, SK St.Monica Sandakan, SK Mutiara Kota Kinabalu, SK Sri. Gaya Kota Kinabalu, SK St.Agnes Kota Kinabalu, SK St.Joseph Penampang, SK Kolombong Kota Kinabalu dan SK St Patrik Tawau.

Manakala senarai 10 sekolah terbaik UPSR bagi SJKC pula ialah, SJKC Shan Tao Kota Kinabalu, SJKC St.James Kota Kinabalu, SJKC Chung Hwa Kg.Air Kota Kinabalu, SJKC Chung Hwa Likas, SJKC Sin Hwa Tawau, SJKC Yuk Chin Tawau, SJKC Yue Min Penampang, SJKC Anglo Chinese Kota Kinabalu, SJKC Yuk Choi Sandakan dan SJKC Hing Hwa Tawau.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline