Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Sinakagon tomuhok mositi papataan kinahantazan sinakagon nokosoguhu |  PISUVAZAN AGAMA AU KAANTOB PIHUMAAGAN |  Tun Zaki Azmi dinadi poniikon tinankuasa poinbibas monoihi SOP Kotinanan Panaasan Malaysia |  UPKO Kota Belud sambut baik cadangan Hari Kemerdekaan tanpa letak angka tahun |  Penduduk harap Hari Malaysia disambut meriah |  PPM tahan sembilan warga asing |  UPSR: Jurutera direman |  Generasi muda perlu bersatu padu pertahankan kemerdekaan: Tawfiq |  Hari Malaysia ke-51 peringkat Negeri Sabah sederhana tapi meriah |  SABAH CONTOH TERBAIK GAGASAN 1MALAYSIA: TYT |  Mourinho: Cesc just Fab for Costa |  Bayern meet City again |  Champagne to challenge Blatter |  Character test for HK cyclist Sarah |  Nicholas eyes Selangor crown | 
 BM

Lebih 15,000 setiausaha JKKK bakal terima kenaikan elaun

1st November, 2013

YAN: Lebih 15,000 setiausaha jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di seluruh negara akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM100 kepada RM300 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kenaikan itu diumum dalam Bajet 2014 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas.

“Kenaikan ini melibatkan implikasi kewangan kerajaan sebanyak RM18.63 juta setahun,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Skim Bantuan Baiki Rumah sumbangan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpang Tiga di sini, kelmarin.

Mohd Shafie berkata kenaikan itu dijangka diterima oleh setiausaha terbabit selewat-lewatnya awal tahun depan, termasuk 55 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Ditanya kemungkinan pembangkang akan menjadikan kenaikan elaun itu sebagai isu, Mohd Shafie perkara berkenaan tidak ada kaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau pada Isnin ini.

“Ini bukan peruntukan PRK tetapi peruntukan ini memang sudah termaktub di dalam Bajet 2014 yang terlebih dahulu dibincangkan.

“Kerajaan bukan nak pancing undi. Kita kerajaan yang sentiasa menjalankan tanggungjawab demi rakyat. Bukan hanya masa nak mengundi, kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang sentiasa berfungsi,” kata Naib Presiden Umno itu.

Mengenai projek yang bakal dijalankan di DUN Sungai Limau, Shafie berkata beliau telah meminta exco kerajaan negeri Kedah yang berkaitan supaya menyenaraikan infrastruktur yang diperlukan di DUN itu untuk tindakan lanjut oleh kementeriannya.

“Kali ini kita putuskan untuk lebihkan jumlah peruntukan kepada negeri yang menyokong kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat. Kali ini sudah sampai waktu DUN Sungai Limau untuk kita bantu pastikan kelangsungan pembangunan,” katanya.

Mohd Shafie berkata kerajaan memperuntukkan RM4.1 bilion kepada kementeriannya dalam usaha meningkatkan infrastruktur asas serta taraf hidup rakyat luar bandar meliputi projek menaiktaraf jalan dan lebuh raya, bekalan air dan elektrik.

PRK DUN Sungai Limau pada 4 Nov ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline