Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ponginsomokan kimpin id PRU-14 mositi posimbanon: Zahid Hamidi |  Boos Onggilis kopoinsavat kahansanan mogiboboos id nazatan sompomogunan |  SOGILIT KIHOOGO RM10.9 LIZONG NAGAMU PPM |  K'jaan beri peluang warga emas dalam pembangunan negara, kata Jainab |  Jangan terpengaruh pandangan negatif orang luar: Ellron |  Kesejahteraan keluarga asas pengukuhan negara bangsa: Rosnah |  JPKA Sabah akan wujud jawatankuasa khas bantu pesakit Alzheimer |  Pemimpin akar umbi disaran bantu beri penerangan GST kepada rakyat |  Jalaluddin cadang guna kapal tukar barang di ESSZONE dikaji semula |  Kualiti guru tidak pernah diketepikan, kata Sapawi |  CUBAAN SELUDUP ROKOK NILAI RM10.9j DIPATAHKAN |  Rodgers: Liverpool have gone backwards |  Sabah to stage nation’s first ever AFC Level II Futsal Coaching Course |  Artistic gymnastics set to reach new heights |  Patron's Cup elevated into charity event | 
 BM

Sekumpulan lelaki bersenjata rompak kedai emas di Lahad Datu

22nd October, 2013

LAHAD DATU: Sekumpulan lelaki bersenjata, salah seorang daripadanya bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas yang terletak di kawasan pusat bandar Lahad Datu di sini, kelmarin dengan melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Bong Khuet Khuin berkata, dalam kejadian kira-kra jam 10.10 pagi itu, ketiga-tiga perompak berkenaan telah memasuki premis tersebut sebelum memecahkan almari kaca dan melarikan barangan kemas berkenaan dengan menaiki sebuah kereta.

“Semasa rompakan itu, hanya pemilik kedai emas dan dua pekerjanya berada di dalam kedai berkenaan.

“Lelaki yang menggunakan senjata api kemudian mengacukan pistol ke arah kepala pemilik kedai emas itu dan menyebut perkataan ‘rompak’ manakala dua lagi rakannya membuka almari kaca dan mengambil emas seperti rantai yang keseluruhan nilai rompakan dianggarkan bernilai RM40,000,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut Bong selepas mengambil barangan kemas, perompak berpistol melepaskan satu das tembakan di dalam kedai berkenaan dan melepaskan satu lagi das tembakan ke udara semasa berada di luar kedai sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih menuju ke arah Silam.

Beliau berkata, berdasarkan loghat percakapan dalam Bahasa Melayu yang digunakan ketiga-tiga lelaki berbadan tegap itu, polis percaya mereka adalah orang tempatan dan dipercayai pernah datang ke kedai emas tersebut sebelum melakukan rompakan itu.

“Hasil siasatan awal dan berdasarkan dua kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian, polis percaya perompak berkenaan menggunakan pistol jenis Colt.45.,” ujarnya.

Dalam pada itu kata Bong, pihaknya kini sedang melaksanakan Operasi Tutup di laluan keluar utama dari Lahad Datu seperti jalan Tawau-Lahad Datu dan jalan Lahad Datu-Sandakan bagi mengesan penjenayah berkenaan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang awam yang ditemui di tempat kejadian itu memberitahu, dia dan beberapa rakan cuba pergi ke lokasi kedai berkenaan sebaik saja dimaklumkan oleh seorang wanita bahawa terdapat tiga lelaki bertopeng merompak di dalam kedai berkenaan.

Namun katanya, belum sempat mereka menghampiri kedai emas itu, tiga lelaki bertopeng dilihat dengan tergesa-gesa berlari keluar dari arah kedai emas tersebut dan melepas sedas tembakan ke udara.

“Saya dan beberapa rakan yang panik selepas mendengar bunyi tembakan hanya mampu merebahkan badan, namun dapat melihat ketiga-tiga lelaki itu melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna putih yang sedia menunggu di luar kedai,” katanya.

Difahamkan kejadian rompakan bersenjata berkenaan ialah kes pertama sejak 20 tahun lalu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline