Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Celcom, Health Digital Technologies inks memorandum to further explore DoctorOnCall’s potential |  Sabah Prisons settle for joint third |  300 muay thai fighters gunning for glory |  Mahathir says will try to establish non-partisan national administration |  Sekadar menceriakan aku yang mungkin nampak lebih tua |  STPM Labuan nokoposurat 100 pihatus kinapaason |  Misi koduvo Wuhan nakahantoi pinopoimbuhai pisokodungan |  Tuu mianak nosoob id kotutudan id Membakut |  Pupils from Nabawan to represent Malaysia in World Cup Dance competition in Rome |  UMS pushing for total ban on single-use plastics |  Merchantrade money gets approval to increase e-wallet limit to RM20,000 |  Pacific Rim featured in publication on Indonesia’s strategy to accelerate nickel supply |  MDV to offer RM450 mln financing to tech firms this year |  Penduduk Kg Gana-Gana rayu kerajaan naiktaraf j-raya |  Tiga pelajar SMK Arshad K. Belud terpilih sertai rombongan ke Seminar Antarabangsa Teknologi Hijau di Jerman | 
 BM

KDCA bakal anjur Kursus Penulisan Berita Kadazandusun

18th June, 2016

PENAMPANG: Persatuan Kebudayaan KadazanDusun Sabah (KDCA) bakal mengorak langkah bagi memartabatkan Bahasa Kadazandusun dengan merancang untuk mengadakan program Kursus Penulisan Berita Kadazandusun tidak lama lagi.

Naib Presiden KDCA, Datuk Jahid Jahim, berkata, kursus itu penting diadakan kerana budaya tempatan Sabah terutamanya Bahasa Kadazandusun kemungkinan akan pupus ditelan zaman jika tidak ada usaha berterusan untuk mengekalkannya.

“Tidak cukup dengan sekadar menguasai pertuturan dalam bahasa ibunda kita tetapi usaha memperbanyakkan golongan wartawan atau sekurang-kurang mereka yang pandai menulis bahan berita atau bacaaan dalam Bahasa Kadazandusun harus dilipatgandakan.

Beliau menyatakan demikian ketika mempengerusikan mesyuarat singkat mengenai penganjuran itu di Bilik Mesyuarat Pejabat KDCA, sini pada Rabu.

Katanya, daripada maklumat yang diperolehi, sememangnya kini tidak ramai penulis berita atau wartawan bahasa Kadazandusun yang terdapat di Sabah terutamanya yang masih aktif menulis dan mengambil berita.

Menurut Jahid, untuk program julung-julung kalinya itu nanti, jumlah peserta akan dihadkan seramai lebih kurang 20 orang dan sasaran penganjur adalah golongan belia yang benar-benar mempunyai minat yang tinggi terhadap penulisan dalam Bahasa Kadazandusun dan sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita akan adakannya selama dua hari dan para panel penceramah dan fasilitator kita adalah terdiri daripada golongan profesional dan diakui kepakaran mereka dalam bidang penulisan berita,” katanya.

Jahid menambah, sepanjang kursus itu nanti akan diadakan ceramah-ceramah khusus mengenai asas kewartawanan selain fungsi wartawan dan yang paling penting adalah sesi praktikal kepada para peserta.

Antara tujuan dan objektif program itu adalah bagi melahirkan dan memperbanyakkan golongan penulis dan wartawan bahasa Kadazandusun selain mencari bakat-bakat baharu dalam bidang penulisan berita.

Jahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras program tersebut memberitahu, selain KDCA, kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah bagi memelihara penggunaan bahasa ibunda itu di negeri ini termasuklah memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Kadazandusun sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah.

Oleh itu, masyarakat perlu melihat itu sebagai suatu usaha yang baik yang menunjukkan keprihatinan kerajaan dan KDCA sendiri tentang pentingnya memelihara bahasa ibunda.

Untuk rekod, baru-baru ini, KDCA turut menyokong para artis Kadazandusun dan Murut dengan menganjurkan Anugerah Lagu KDCA 2015 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Francis Fahir berkata program seumpama itu merupakan satu peluang terbaik yang dapat menimbulkan kesedaran kepada semua pengguna bahasa Kadazandusun untuk terus mengambil bahagian dan menyumbang kepada penyelamatan bahasa ibunda.

“Usaha seperti inilah antara yang boleh kita lakukan, malah ini merupakan suatu permulaan yang baik untuk memperbanyakkan wartawan atau penulis dalam Bahasa Kadazandusun dan kita berharap program seumpama ini dapat diteruskan,” katanya.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi (AMT) KDCA, Dr. James Sigoh, AJK Penyelaras KDCA Tamparuli, Harry J Mintu, dan Sub-Editor Kadazandusun akhbar New Sabah Times, Raphiel Pinus. OLEH JOANES ROBERT JOHNNY (joanes@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print