Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
99 per cent of M-League teams complete privatisation process – FAM |  Tambadau leave early for Johor on chartered flight |  ‘Masculine’ sarongs to hit the market soon |  AirAsia to commence Kuching-Langkawi route in November |  ASNB declares total payout of RM646m for three funds |  Banks have approved 98 pct of 500,000 applications for repayment assistance – BNM |  Malaysia's economic activity outcome to improve in Q3 – DOSM |  Pokisompuruan i Rubin id Kabinet mongobi’ Murut |  Hajiji kaanu momupus kokusutan pulitik Sabah |  Songulun nogompitan tinanggayan Abu Sayyaf napatai id Sulu |  Hajiji minonimpuun kalaja sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Penduduk pedalaman harap k'jaan baharu beri perhatian masalah, keperluan pembangunan |  Empat anggota PPM cedera, bot peronda meletup |  COVID-19: Semua urusandi JPN Sabah dilaksanakan secara temu janji |  ‘Lockdown’ in Sabah this Friday fake news – MKN | 
 BM

Peniaga gerai makanan wajib penuhi teguran pihak kesihatan sebelum operasi semula

18th June, 2016

Oleh ROZZALIN HASHIM rozzalin@newsabahtimes.com.my

SANDAKAN: Peniaga yang menjalankan perniagaan gerai makanan di Pasar Malam berhampiran Pejabat Pos, Jalan Leila wajib memenuhi semua teguran pihak kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr. Johari Awang Besar memberitahu peniaga masih belum boleh beroperasi seperti sediakala berikutan beberapa perkara yang masih tidak memuaskan hati semua pihak.

Katanya, satu pemeriksaan telah dibuat pada Khamis bersama pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk pengesahan kepada peniaga samada sudah boleh memulakan operasi atau tidak.

“Keputusan pihak saya, masih belum boleh beroperasi atau dibuka untuk berniaga gerai makanan. Akan tetapi, pada hari Isnin depan peniaga-peniaga ini akan dipanggil semula untuk pemeriksaan selepas teguran dibuat dalam masa dua dan tiga hari ini,” jelasnya semasa dihubungi kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau berkata pasar ini ditutup sejak 5 Mei lepas sehingga sekarang dan semua teguran pihak kesihatan telah dimaklumkan semasa mesyuarat di MPS.

Difahamkan bahawa gerai-gerai makanan diarah tutup sementara mungkin kerana atas faktor tertentu yang sekali gus tidak memuaskan hati pihak berwajib.

   
Email Print