Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ponginsomokan kimpin id PRU-14 mositi posimbanon: Zahid Hamidi |  Boos Onggilis kopoinsavat kahansanan mogiboboos id nazatan sompomogunan |  SOGILIT KIHOOGO RM10.9 LIZONG NAGAMU PPM |  K'jaan beri peluang warga emas dalam pembangunan negara, kata Jainab |  Jangan terpengaruh pandangan negatif orang luar: Ellron |  Kesejahteraan keluarga asas pengukuhan negara bangsa: Rosnah |  JPKA Sabah akan wujud jawatankuasa khas bantu pesakit Alzheimer |  Pemimpin akar umbi disaran bantu beri penerangan GST kepada rakyat |  Jalaluddin cadang guna kapal tukar barang di ESSZONE dikaji semula |  Kualiti guru tidak pernah diketepikan, kata Sapawi |  CUBAAN SELUDUP ROKOK NILAI RM10.9j DIPATAHKAN |  Rodgers: Liverpool have gone backwards |  Sabah to stage nation’s first ever AFC Level II Futsal Coaching Course |  Artistic gymnastics set to reach new heights |  Patron's Cup elevated into charity event | 
 BM

Noraini mahu lihat Wanita Umno dapat pembelaan

18th October, 2013

SANDAKAN: Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sandakan yang baru iaitu Noraini Sulong berkata kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui wanita merupakan satu tanggungjawab besar yang tidak akan dipersiakan kerana menjadi matlamatnya ingin memajukan mereka.

Beliau berkata, tumpuannya kini adalah bagi memastikan hak tidak akan terabai malahan terus diperjuangkan sampai ke peringkat akar umbi supaya golongan berkenaan mendapat pembelaan selari dengan peredaran zaman.

Katanya, pendekatan yang lebih berhala tuju sedang dirancang demi memperkasakan peranan wanita seperti menitikberatkan pembangunan mereka dalam bidang kebajikan, pendidikan dan kesihatan.

“Inilah yang bakal saya perjuangkan nanti … saya ingin melihat wanita khasnya ahli-ahli Umno mendapat pembelaan dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Namun begitu, saya mahu mereka tampil ke hadapan bagi menyuarakan apa jua keperluan agar memudahkan tindakan segera.

“Saya tidak mahu mereka berdiam diri sebaliknya perlu tampil suarakan keperluan masing-masing … ini kerana, mandat yang diberikan ini biarlah manfaatnya kepada rakyat sepertimana Gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan

“Kalau saya boleh tangani, saya akan cuba sedaya-upaya membantu golongan wanita untuk mengorak langkah ke hadapan … sebab itu, keputusan untuk bertanding ini adalah semata-mata ingin berbakti kepada parti dan rakyat secara keseluruhannya,” jelasnya semasa ditemui di sini, kelmarin.

Noraini yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Ketua Puteri Umno Sandakan menegaskan pengalaman pernah menerajui pergerakan puteri tidak memberi masalah kepadanya untuk meneruskan khidmat bakti murni itu.

Bagaimanapun, ujar beliau, dia memerlukan kerjasama jitu baik dari barisan ahli jawatankuasa yang baru atau ahli-ahli wanita di peringkat akar umbi agar apa jua yang dirancang dan dilaksanakan berjalan lancar.

“Komitmen besar seperti ini tidak mudah direalisasikan tanpa adanya kerjasama serta sokongan semua pihak … oleh itu, marilah kita menggembleng tenaga bagi meletakkan Wanita Umno Sandakan ke mercu yang lebih gemilang.

“Percayalah, kerjasama kita semua akan memudahkan segala pendekatan yang baik ini akan memanfaatkan golongan wanita itu sendiri, saya akan membawa suara wanita di kawasan ini.

“Saya akan memastikan wanita membangun dalam aspek ekonomi disamping memastikan kebajikan, pendidikan dan kesihatan sentiasa mendapat perhatian,” katanya sambil menambah bahawa golongan berkenaan perlu merebut peluang perniagaan yang disediakan pihak kerajaan.

Sambil merakamkan ucapan jutaan terima kasih diatas sokongan para perwakilan yang membolehkannya menerajui pergerakan itu, beliau berkata turut menjadi perhatiannya adalah pembangunan dalam bidang keagamaan akan diberikan tumpuan khusus.

Dia juga akan menggalakkan ahli-ahli wanita Umno sentiasa mengikuti program-program keagamaan bagi mendapat ilmu pengetahuan yang lebih berkaitan agama.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline