Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah aqua farmers fume at SST |  ATM tumpas cubaan menyusup masuk 67 PATI |  Chance for muay thai practioners to develop their skills |  Three-point deduction costs Tawau semis berth |  Man attacked friend with machete over durians |  Police catch 10-man bird’s nest gang within 24 hours |  Five escaped unscathed in lorry-4wd crash |  3,000 lanterns, lion, dragon dances for 2019 CNY bash |  Setup tour packages to revive Labuan tourism |  Liew sambut baik keputusan terus agih bantu persekolahan |  Domino’s aims to dominate |  Agrobank launches Agro Mabrur-I takaful card MAHA 2018 edition |  Proton to assemble X70 locally after completion of plant expansion |  Hobi 57,000 mogiigizon pointatap nakaanu koponompogunan |  Onom kusai nadawa minogovit migran tuhun Philippine | 
 BM

Raja Muda Perlis dalam rangka lawatan kerja ke Sabah

15th June, 2016

SANDAKAN: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail memulakan lawatan kerja Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (Op Pasir) 2016 di Sandakan selama empat hari bermula pada Isnin.

Rombongan yang diketuai oleh Tuanku Syed Faizuddin tiba di Lapangan Terbang Sandakan jam 1.15 petang Isnin lepas, disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun; Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain; Panglima Pangkalan Hadapan (TLDM Sandakan), Laksamana Pertama Datuk Saifudin Kamarudin dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Awang Supain serta pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia termasuk pemimpin masyarakat yang lain.

Sepanjang lawatan itu, rombongan delegasi dijadualkan akan melakukan beberapa lawatan ke pos-pos di sekitar daerah ini, lawatan ke Kapal Auksiliari Tun Azizan (TLDM), ke KD Sri Sandakan, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Magrib, Isyak dan Terawih di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.

Turut akan diadakan, Majlis Mempromosikan Makanan Perlis yang akan berlangsung di Masjid Daerah Sandakan dan seterusnya Majlis Berbuka Puasa, Solat Magrib, Isyak dan Terawih berjemaah di masjid itu.

Rombongan berkenaan turut dijangka akan berangkat ke MRSM Tun Fuad Stephen Sandakan dan Kolej Komuniti Sandakan selain ke beberapa buah sekolah menengah di daerah ini dan mengadakan Program Titian Kasih menerusi ahli-ahli rombongannya.

Selain turut dijadualkan, rombongan delegasi akan melakukan lawatan ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Batu 14 dan Pusat Sanktuari Monyet Belanda, Labuk Bay, Sandakan. (rozzalin@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print
   
 
 
E-browse