Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Jihad is not about war and killing |  SEDITION ACT WILL BE RETAINED, ENHANCED |  Kipandi Butterfly Park |  Sailors’ CafĂ© |  Smartphone subscription set to soar in M'sia |  Khazanah to provide updates on MAS restructuring within 2 days |  Dewan Rakyat passes Malaysia Airline System Bhd Bill |  Why is Jentayu 'rubbishing' a plan it wants to complement? |  DRB-HICOM Q2 pre-tax profit falls to RM176.13 million |  BNM to adopt 6 measures to accelerate Malaysia's migration to e-payment |  Astro Radio still #1 in Sabah and Sarawak |  Proton offers 5-year warranty, cash rebates of up to RM5,000 |  Burger King celebrates 22nd anniversary with promo |   |   | 
 BM

Karnival Jom Heboh Gegar Sandakan

2nd September, 2013

BANDAR Sandakan bergegar sebaik bermulanya program paling meriah di Malaysia iaitu Karnival Jom Heboh yang meneruskan perjalanannya ke lokasi kelima kali ini.

Adalah dianggarkan kira-kira 200,000 orang pengunjung mengunjungi Padang Bandaran Sandakan untuk menyaksikan pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah serta program-program yang menarik sepanjang berlangsung karnival selama dua hari berturut-turut itu bermula pada 31 Ogos.

Menariknya, para pengunjung bukan sahaja di kalangan warga bandar Sandakan atau pun mereka yang datang dari Telupid, Beluran dan Kinabatangan tetapi pengunjungnya ada juga dari Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak serta Lahad Datu untuk sama-sama merasai kemeriahan karnival.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman turut meluangkang masa melawat ke tapak Karnival Jom Heboh pada petang Sabtu dan diiringi Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Musa dan rombongan telah dibawa melawat ke booth-booth Buletin Utama, Kota Ilmu, Bananana, Wanita Inspirasiku dan Cereka & Studio 3.

Memasuki usia 11 tahun penganjuran, Karnival Jom Heboh terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu karnival ulung TV3 yang berjaya menggabungkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan pelbagai aktiviti sihat untuk seisi keluarga.

Buat julung kalinya, Karnival Jom Heboh diadakan di bandar Sandakan yang pasti pengunjung dijangka ratusan ribu ini akan menyertai pelbagai aktiviti menarik di gerai-gerai kendalian TV3 serta Kioks Perkhidmatan yang memuatkan segala maklumat, cenderamata eksklusif dan promosi program-program TV3.

“Alhamdulillah, saya bagi pihak TV3 amat bersyukur kerana Jom Heboh terus mendapat sambutan hebat dan dikunjungi sehingga kini … Jom Heboh adalah antara karnival yang paling besar dan meriah yang pernah dianjurkan.

“Kami berpuas hati dapat menyediakan satu platform yang juga merupakan tempat beriadah serta mengisi waktu lapang pada hujung minggu kepada orang ramai sambil menikmati pelbagai juadah, permainan, jualan dan macam-macam di Jom Heboh,” kata Ahmad Izham dalam satu siaran akhbar.

Beliau berkata, pada usia 11 tahun penganjuran Jom Heboh diadakan ia telah memberikan banyak manfaat kepada pengunjung untuk menjadi medium penjana minda dengan pelbagai pameran dan aktiviti yang berteraskan ilmiah disamping dapat berhibur bersama-sama barisan artis popular serta juga personaliti-personaliti TV3.

Katanya, di samping itu Jom Heboh bukan sahaja dilihat sebagai satu landasan untuk berinteraksi dengan penonton setianya dengan cara lebih dekat dan terbuka, malah karnival ini mendapat sambutan yang menggalakkan di setiap gerai yang menemukan peminat-peminat serta orang ramai dengan personaliti-personaliti TV3 dan barisan artis popular tanahair.

“Justeru, pihak kami akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan menyajikan program-program yang terbaik buat penonton setia dan para pengunjung.

“Tahun 2013 akan memperlihatkan Jom Heboh dengan konsep dan improvisasi yang lebih segar di samping berpeluang menjelajah ke lokasi-lokasi yang belum pernah lagi dilawati dan buat julung kalinya dalam sejarah, Jom Heboh kali ini berpeluang berkunjung ke Padang Majlis Perbandaran Sandakan, Sabah.

“Kami harap, ini dapat memberikan satu pengalaman luar biasa kepada orang Sabah terutamanya penonton setia TV3. Kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha menjayakan Karnival Jom Heboh di Sandakan kali ini terutamanya pihak PDRM, Majlis Perbandaran Sandakan dan Kerajaan Negeri Sabah,” ujar Ahmad Izham lagi.

Atas dasar keprihatinan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, Karnival Jom Heboh dimulakan dengan program amal di lokasi-lokasi yang dikunjungi.

Pada hari Jumaat iaitu 30 Ogos lepas, rombongan yang disertai para personaliti TV3 seperti Aidid Marcello, Hazlin Hussain, Hazrena Kassim, Maria Tungku Sabri, Mohd Fasil Mohd Idris, Nor Azzura Azizul Azman, Shadiya Abbas, Fiza Sabjahan dan Za’im Helmi Zaini telah menyempurnakan aktiviti gotong-royong membaik-pulih rumah warga tua Sri Harapan Sandakan di Batu 5, Jalan Sibuga.

Selain itu, rombongan TV3 turut menyumbangkan barang-barang keperluan surau dan cenderahati kepada golongan warga tua.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline